in

KBS Bawah KJ Kantoi Antara Kementerian Paling Korup!

Kj Sedih Baq Hang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mengejutkan! Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah tersenarai antara top 10 kementerian paling korup daripada 25 kementerian lain disebabkan tahap perlakuan rasuah, lapor FMT.


Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim berkata, KBS berada di tangga ke-8 dek kerana kelemahan proses perolehan dan pembayaran serta kebanyakan kontrak pula dimiliki tanpa tender terbuka.

Steven Sim Talk Cakap Bernama 1 Os
sumber: fmt

Tambah Steven lagi, antara tahun 2016 ke 2018, sebanyak RM357.8 juta projek daripada RM777 juta telah diberikan kepada KBS tanpa sebarang rundingan atau tender terhad. Fuh, fuh, fuh! Macam mana ni abah? 

“Walaupun lepas skandal RM100 juta yang melibatkan pegawai senior di kementerian, perkara ini masih berlaku tanpa tender terbuka,” kata Steven yang merujuk kes pada tahun 2016 lalu.

Khairy Jamaluddin
sumber: blog

Lebih mengejutkan, nilai perolehan yang dibuat tanpa tender terbuka pada tahun 2017 pula meningkat ke RM262.2 juta, manakala perolehan tender terbuka pulak hanya RM173.7 juta.

“Tahun lepas, kementerian dengan SPRM telah melaksana pelan Corruption Risk Management (CRM) tapi dibatalkan pada bulan Mei. Kami mengarahkan CRM diperkenalkan semula kini,” ujar Steven.

Dispekulasikan kementerian di tangga teratas yang paling tinggi rasuah ialah Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan. Sungguhpun begitu, KBS dilaporkan antara yang terendah dapat peruntukan daripada kerajaan persekutuan.

Walau bagaimanapun KJ telah menjawab dakwaan mengenai korupsi KBS di Dewan Rakyat semalam. Menurutnya, KBS tersenarai di dalam ranking tersebut kerana kes rasuah RM38 juta. Boleh tonton jawapan lanjut Abah KJ di bawah:

Haih macam-macam! Dah ada kerajaan baru ni, harapnya isu rasuah dapatlah dihentikan.

Baca: Lebih baik hormat majlis, bukan angkat kaki – KJ

Kj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.