in

Kazar & Anak Berdepan Saman Sebab Langgar Arahan Mahkamah

Ft Ira Kazar Berdepan Dengan Saman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peguam syarie yang mewakili pelakon Puteri Sarah Liyana, Datuk Akberdin Abdul Kader hari ini memaklumkan bahawa anak guamnya itu akan meneruskan saman injuksi terhadap Ira Kazar dan keluarga atas dakwaan langgar perintah mahkamah.


 

Terang-terang langgar perintah mahkamah

Memetik laporan mStar, Akberdin menyatakan bahawa isteri kedua Syamsul Yusof dan keluarganya itu telah melanggar perintah injuksi apabila memuat naik kenyataan Puteri Sarah di media sosial biarpun perintah itu telah dikeluarkan.

“Kami akan mulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Ira Kazar, ayahnya dan kakaknya kerana terang-terangan telah melanggari perintah mahkamah yang dikeluarkan oleh mahkamah sivil tempoh hari.”

Screenshot 2023 01 16 174037

Tambahnya, perintah injuksi itu memang kekal sehingga sekarang tetapi mereka telah melanggar perintah berkenaan, kata Akberdin saat ditemui di perkarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan KL pagi tadi.

Malah, beliau juga sudah memberitahu sebelum ini bahawa pihaknya telah menghantar surat amaran kepada keluarga Kazar Saisi, tetapi mereka tetap melanggarnya dan ganggu defendan.

Beliau turut menjelaskan bahawa tindakan lebih berani dilakukan berkenaan dengan tindakan Ira dan Syamsul bernikah di luar negara tanpa mendapat persetujuan mahkamah syariah di Malaysia.

Syamsul Yusof dan Puteri Sarah telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014, pasangan ini telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6 dan Sumayyah, 5.

Baca : Heboh Puteri Sarah Naik Mahkamah, Syamsul Yusof Tak Jawab Call & Mesej?

Syamsul Berdiam Diri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.