in

Heboh Puteri Sarah Naik Mahkamah, Syamsul Yusof Tak Jawab Call & Mesej?

Syamsul Berdiam Diri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, dunia hiburan masih menanti update dan cerita terbaru mengenai status hubungan pasangan suami isteri Puteri Sarah serta pengarah terkemuka, Syamsul Yusof.


Puteri Sarah baru sahaja memfailkan perceraiannya dengan Syamsul Yusof hari ini di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Menurut laporan Harian Metro, pihak mereka cuba menghubungi Syamsul yang difahamkan sedang menjalani penggambaran filem terbaru arahannya, The Original Gangster dan cubaan itu tidak berjaya apabila kesemua panggilan telefon dan mesej WhatsApp tidak mendapat respon.

Sebelum ini, pelakon siri Andai Itu Takdirnya itu nekad memilih jalan perpisahan untuk perhubungan mereka selepas sudah berfikir masak-masaknya.

Difahamkan, dia telah lama menanggung perasaan itu dalam jangka masa sejak empat tahun lalu, dan akhirnya hari ini dia telah menutup peluang kedua untuk Syamsul.

Sebagai info, kedua-dua mereka berkahwin pada 8 Mac 2014, perkahwinan hampir 10 tahun itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam yang berusia 5 tahun serta Sumayyah yang berusia 3 tahun.

Semoga kedua-dua pihak dipermudahkan urusan…

Baca: “Tiada peluang kedua buat Syamsul” –  Puteri Sarah ‘Excited’ Failkan Penceraian Di Mahkamah Syariah

Ft Puteri Sarah Mahkamah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.