in

“Kau terasa hati?” – Kecoh! Tareq Fit ‘Bertegang Urat’ Dengan Agamawan Di TikTok?

Ft Tareq Fit 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

TikToker Tareq Fit sekali lagi menjadi tumpuan apabila dia dilihat ‘bertegang urat’ dengan individu yang dipercayai seorang agamawan di media sosial.

Difahamkan ustaz yang dikenali sebagai Ustaz Shafiq Maslin itu ada menonton sesi live di TikTok dan ada membuat teguran terhadap Tareq Fit, namun dilihat seperti berlaku ketegangan di antara mereka berdua.


Artikel berkaitan: “Korang tak rasa malu dengan Allah?” -Tareq Fit ‘Sound’ Jenama Peraga Ihram

Artikel berkaitan: “Jangan main agama lah” – Ojen Nak Saman Tareq Fit Bukan Sebab Isu Peribadi

“Ustaz ramai boroi” – Tareq Fit

Jelas Tareq, mungkin dirinya ada membuat silap dalam menyebut tentang hadis Rasulullah SAW semasa live tersebut, namun dia menegaskan bahawa niatnya hanya mahu menjadikan rakyat Malaysia lebih sihat.

@tareqfit

#malaysiatiktok🇲🇾 #malaysiatiktok #fypppppppppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – TAREQ FIT – TAREQ FIT

Sihat seperti Rasulullah SAW sebab ramai ustaz boroi ini hakikatnya, kau terasa hati ke? Ramai ustaz dan ulama gemuk dan boroi, kita sepatutnya ikutkan sunnah nabi, baginda (Rasulullah SAW) badan tegap fit dan sihat.

“Kenapa kau tiba-tiba masuk live kata aku tipu guna nama Rasulullah? Aku manusia aku bukan maksum, kau pun sama.”

Pesannya lagi, dia memohon ustaz tersebut untuk tidak terlalu ikutkan emosi kerana dia cuma memberi nasihat daripada aspek kesihatan.

Screenshot 2026 01 29 150001

Didakwa sebar hadis palsu?

Menjengah ke akaun profil individu yang menjadi sebutan Tareq Fit iaitu Ustaz Shafiq Maslin, beliau menyatakan bahawa dirinya telah disekat oleh Tareq dan sebagai saudara sesama Islam beliau memohon maaf.

Namun begitu, Ustaz Shafiq mendakwa bahawa Tareq telah menyebarkan hadis palsu dan menggesanya untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Sepatutnya saudara terima dengan hati terbuka, saya tiada niat nak menjatuhkan saudara cuma tegur tentang disiplin hadis dan kalam Rasulullah.”

“Teruskan berdakwah, banteras LGBT songsang (bil hikmah bukan hinaan), ajak semua orang amalkan pemakanan yang sihat ya.”

@shafiqmaslinofficial

Bagi Pada Saudara Tareq Ya , saya Tak Boleh Bagi Sebab Dah Kena Block, Sebenarnya Ni Ujian Buat Kita Semua, Tareq Adalah Saudara islam Sama Macam Kita, mungkin Allah Uji Kesabaran Kita Semua, Dan Allah Uji Saya Dan Tareq, Saya Minta Maaf Tareq, Saya Sayang Awak Sebagai Saudara Muslim , Saya Harap Awak Terus Berdakwah Cegah Kemungkaran Dengan Hikmah, Sudah Semua Saya Berhenti Di Sini , ini Ujian Buat kita semua , Ya Allah Kami Minta Ampun , Dan Kau Ampunkanlah Semua Umat Islam dan Temukan Kami Dalam Syurga dan Satukanlah Hati Hati Kami Ya Allah #kisahnabi #fyp

♬ bunyi asal – Pecinta Rasulullah – Pecinta Rasulullah

Sumber : TikTok Tareq Fit, Ustaz Shafiq Maslin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.