in

“Kau rasa kau siapa si*l?” – Akim Ahmad Mengamuk Dengan Pelakon ‘Cameo’ MV Asal Lagu Rampas?

Akim7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ada tweet daripada seorang wanita luar negara yang dikatakan pelakon cameo untuk versi asal dalam satu muzik video mendakwa babaknya itu dipadam kerana isteri vokalis band dari Malaysia ini cemburu.


 

Cameo untuk lagu Rampas?

Ramai netizen menyifatkan tweet wanita itu ditujukan kepada Akim. Dia menzahirkan rasa terkilan kerana sanggup terbang ke Malaysia untuk buat penggambaran tetapi tak dapat ditayangkan sebab…

Jade

Ia mendapat perhatian Akim sendiri

Akim3 Akim4

Jade2

Menurut wanita tersebut, plot asal muzik video itu menceritakan pasal dia bersama vokalis itu merupakan pasangan yang susah dan dia mengandung.

Disebabkan itu, mereka cuba merompak kedai untuk mendapatkan wang dan wanita itu menjelaskan bahawa dia meninggal dunia dalam jalan cerita muzik video tersebut.

Plot ini dijelaskan oleh wanita tersebut apabila ada netizen tanya punca isteri vokalis lagu itu cemburu.

Jade3 1

Katanya lagi, dia dimaklumkan oleh pihak produksi

Jde4 1

Selepas hampir 3 tahun muzik video lagu Rampas, alunan Akim & The Majistret ditayangkan, tiba-tiba wujud satu isu dalam pembikinan muzik video lagu tersebut sehingga membuatkan penulis dan vokalis lagu itu, Akim Ahmad dilihat seperti ‘naik angin’ menerusi status Twitter miliknya.

Dalam tweet tersebut, Akim menjelaskan bahawa dia ubah haluan muzik video itu kerana agak sensitif dan keterlaluan memandangkan lagu itu berkisar tentang pemergian arwah ibu Akim.

 

Aku amik keputusan untuk tukar semua konsep MV kepada yang boleh ditonton untuk semua” – Akim

Akim

Tambah Akim lagi kalau dia keluarkan muzik video yang keterlaluan pada pandangan mata orang Asia sepertinya mungkin boleh mengecewakan ayahnya.

Akim2

Biarpun netizen dapat hidu, masing-masing tidak spesifikasikan kata-kata ini ditujukan antara satu sama lain, wanita yang dikatakan seorang influencer dari Vietnam ini tidak sebut nama band tersebut.

Jade5

Apapun, harap isu ini dapatlah diselesaikan dengan baik.

 

Baca : “Jangan tengok lah benda yang menyakitkan mata” – Respon Stacy Dilabel Wanita Akhir Zaman Masa ABPBH32

Stacy

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.