in

“Jangan tengok lah benda yang menyakitkan mata” – Respon Stacy Dilabel Wanita Akhir Zaman Masa ABPBH32

stacy3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bermacam-macam reaksi yang diberikan selepas berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 32 semalam.

Salah satunya, segelintir netizen yang kurang senang dengan cara pemakaian Stacy semasa membuat persembahan pada malam berprestij tersebut.


 

Saya nasihatkan jangan tengok lah benda yang menyakitkan mata ni sebab memang tak elok guyss.”

https://www.instagram.com/p/B2ugTsTh5y_/?igshid=hcekz19yu7ut

Selesai daripada melakukan persembahannya bersama kumpulan De Fam dengan lagu Panas, Khayal, Mi Gente & Baby Boy. Stacy ada muat naik satu posting di Instagram apabila menyedari ada beberapa netizen yang melabelkan dirinya wanita akhir zaman di media sosial.

Stacy atau nama penuhnya Ummu Syaikhah Stacy binti Anam, menegaskan yang seluar yang dipakainya itu tebal dan longgar, mungkin disebabkan warna dan lighting pentas itu yang membuatkan pergerakannya kelihatan agak keterlaluan.

Katanya lagi, ia satu insiden yang tak dijangka berlaku. Dia juga menzahirkan rasa kecewa kerana persembahan comeback yang dilakukannya diterima secara negatif.

Malah Stacy juga menegaskan agar tidak melibatkan suaminya Akim dan isu ini.

“Niat nak semangat untuk kembali bekerja mencari rezeki sahaja dan semua saya buat dalam kadar yang termampu dan ikhlas tapi bila jadi begini dengan sadisnya mulut2 Manusia Penghukum ni saya rasa sakit sangat pada suami dan keluarga. Jangan babit saya punya Darling ok guys.. Dia pun busy bekerja dan focus dalam kerja dia.”

“Semua foul dan hal yg x kena pun semua dari saya saja tauu. Kadang rasa dah nak stop dalam line ni tapi belum ada rezeki masa yg sesuai dan kemampuan dalam hal sebegini.”

Stacy juga ada memohon maaf jika tingkah lakunya itu mengundang fitnah dan memberikan sedikit pesanan buat segelintir netizen yang kurang senang dengan dirinya.

“Saya nasihatkan jangan tengok lah benda yang menyakitkan mata ni sebab memang x elok guyss. Biarlah niat awal masing-masing tu kami tau kemana dan hanya di atas yang tau dan menentukannya.”

“Saya minta maaf kalau buat anda semua tergerak untuk memfitnah dan fikir macam-macam Yang terus nak bawang ngumpat saya harap gigi anda makin jongang okayyy Terima kasih kepada yang nampak effort performance saya tadi.”

 

Video Stacy & De Fam ABPBH 32 

 

Baca : “Who is this makcik?” – Kecam Ketua Army Malaysia Ambik Trofi, Netizen Tak Faham Kenapa BTS Menang ABPBH32?

bts

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.