Seperti yang ramai ketahui, usahawan kosmetik Joy Revfa telah mengadakan sidang media minggu lalu berkenaan kes rumah tangganya bersama Hafiz Hamidun. Menurutnya ketika sidang media tersebut, Hafiz gagal menjadi suami yang bertanggungjawab dan tidak mampu memberikan nafkah batin.
Hafiz yang dilihat mengambil pendekatan mendiamkan diri baru-baru ini memberikan komen ketika diwawancara oleh wartawan program hiburan Melodi.
Tidak tahan kerana Joy sering menjaja cerita negatif tentang dirinya, Hafiz bagaimanapun akui tidak berniat mahu bersikap kurang ajar malah sudah berkali-kali meminta Joy menyelesaikan masalah secara baik namun tidak diendahkan.
Menurut satu laporan portal, Hafiz juga tidak mahu masyarakat salah anggap bahawa dia hanya mahukan publisiti murahan. Ketika ditanya adakah dia akan menceraikan Joy, Hafiz berkata bahawa hubungan mereka tidak perlu untuk diteruskan lagi.
Dia juga berkata tidak perlu untuk (Joy) mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang berbaur fitnah, mengaibkan diri sendiri dan sebagainya di media sosial.
Hafiz turut menekankan bahawa mereka berdua tidak pernah mengadakan hubungan kelamin sebelum ini. Malah, dia yang sering diasak dengan persoalan mengapa dibangkitkan tentang isu ‘dalam kelambu’ itu berkata, Joy sendiri yang mula membangkitkan isu tersebut.
“Dia (Joy) buat orang tertanya-tanya bila dia bersumpah pernah bersama. Kemudian bila orang tafsirkan itu sebagai seks, dia nak saman pulak blog-blog yang berkata begitu.”
Hafiz kemudian meneruskan komennya dengan nada yang tegas,
“Nak bercakap sedap, bila orang suruh explain, buat bahasa-bahasa macam tu. Kau ni kenapa? Dalam halusinasi ke dilunasi ke? Check mental sikit jangan nak sedap (cakap), kejap menangis, kejap gembira, nak puas hati. Saya bukan nak burukkan sesiapa tetapi dia dah burukkan saya pada level yang sangat tinggi.
“Ini memang amaran saya daripada dulu, jangan kaitkan dan babitkan benda-benda yang tidak betul, fitnah dan mengaibkan saya.
“Kamu kena ingat Joy, kamu bukan jumpa kutip saya tepi jalan bagi kehidupan, tidak. Saya kenal kamu cara baik dan kita patut jalankan perkara ini dengan cara baik.”
Hafiz boleh dilihat mahu menyelesaikan permasalahan di antara mereka dengan cepat dan berkata dia percaya semua yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.
Tonton video di bawah:
Sumber: Facebook