in

“Kalau ikutkan, Hafiz Hamidun bukan taste saya” – Joy Revfa Tegas Hafiz Tidak Mampu Beri Nafkah Batin

Joy Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Usahawan kosmetik, Siti Arifah Mohd Amin atau dikenali sebagai Joy Revfa hari ini mengadakan sidang media di pejabat urusan Merve di Shah Alam berhubung kes pergolakan rumah tangganya bersama penyanyi, Hafiz Hamidun.


Hadir bersama, peguam syarie yang mewakilinya, Aznor Syuhada dan Muhammad Nur Hafiz Roslan selain ditemani ibu serta kakaknya.

Joy 5
sumber: mstar

Ketika sidang media, Joy memberitahu bahawa dalam perkahwinan pastinya akan ada perhubungan sebagai suami-isteri dan berlaku istimta (bermesra-mesraan antara suami-isteri) semasa dia bersama Hafiz.

Menurut mStar, Joy yang mempunyai seorang anak hasil perkahwinannya sebelum ini mendedahkan bahawa Hafiz Hamidun tidak mampu memberikan nafkah batin sebagai seorang suami.

Awal perkahwinan dia bermalam selama enam hari di rumah saya dan kami berbulan madu di Taiwan untuk program Astro.”

Saya ingin memperbetulkan bahawa tiada istilah melakukan seks seperti yang tular di blog hiburan dan kami hanya melalui hubungan awal suami-isteri.”

Joy 1
sumber: iluminasi

Joy berkata dia berasa perlu menegaskan tentang hal tersebut kerana Hafiz yang sebelum ini pernah mengadakan sidang media dan memberitahu bahawa dia tidak pernah menyentuhnya.

Baru-baru ini, Joy sendiri telah mengeluarkan kenyataan di Facebook mendakwa bahawa mereka pernah mengadakan hubungan kelamin namun dinafikan oleh Hafiz sendiri. Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam menetapkan 9 November depan untuk sebutan kes faraq nikah yang difailkan Joy terhadap Hafiz pada 18 Ogos lalu.

Joy turut memaklumkan bahawa Hafiz sering mengelakkan diri ketika diajak berbincang mengenai status perkahwinan mereka. Dia berkata,

Saya telah berusaha menghubungi Hafiz, namun dia tidak mengambil peduli mengenai masalah rumah tangga kami.”

Sejujurnya, selalu mesej minta dia berdamai, tapi dia tak layan. Itu yang saya kesal kerana dia tak mahu bincang secara baik.”

Joy 6
sumber: mstar

Selain itu, Joy turut memberitahu bahawa Hafiz berkeras ingin meneruskan perkahwinan meskipun sudah mengetahui dia masih belum menerima surat penceraian yang sah. Dia bagaimanapun memaklumkan nekad memilih untuk meneruskan penceraian dengan penyanyi Hafiz Hamidun.

Apa guna kalau bergelar suami-isteri sedangkan tiada lagi perasaan sayang itu. Cukuplah! Ini pengajaran untuk saya.”

“Secara peribadi, dia bukan seorang suami yang bertanggungjawab. Dia sepatutnya berada di sisi saya, bukannya melarikan diri apabila timbul isu begini. Saya tak mahu ulas mengenai soal hubungan kami sebagai suami dan isteri kerana ia hanya akan memalukan dia. Syukur, dia dah failkan penceraian terhadap saya.”

Joy 7
sumber: kisah dunia

Semoga masalah di antara mereka berdua dan keluarga masing-masing segera berakhir dan diselesaikan dengan cara baik.

Baca: Joy Revfa Bersumpah Pernah Lakukan Seks, Hafiz Bertegas Tidak Mengaku

Joy Hafiz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.