in

“Kau masih suamiku. Aku hamil anak kau!” – Isteri Tangkap Suami Berzina, Dapat Tahu Perempuan Simpanan Pun Hamil

Mesum

Kau masih suamiku, masih suamiku. Aku hamil anak kau.”

Ucap seorang wanita bertudung hitam yang sedang luluh hatinya selepas dia melihat sendiri di depan mata kecurangan suami. Menurut Suara, viral di media sosial video seorang isteri menyerbu suaminya bersama wanita lain di sebuah bilik hotel di Medan, Indonesia.

Kejadian itu berlaku pada Khamis lepas (2 Julai) kira-kira jam 11.40 malam di mana isteri tersebut telah menangkap suaminya berzina dengan perempuan lain.

Mesum5

Melalui video itu, beberapa orang turut dilihat ada bersama wanita tersebut ketika menyerbu si suami yang memakai baju berwarna merah dan berseluar hitam.

Wanita simpanan suaminya itu pula dilihat terbaring di atas katil sambil berselimut dan menutup mukanya menggunakan bantal. Si isteri juga sempat meminta wanita simpanan itu untuk mengaku kalau dia juga sedang hamil.

Kak Anggi hamil kau buat kan? kak Anggi hamil kan. Kak, cak ngomong kak sama aku, aku gak masalah lo.”

Mesum4

Mesum2

Wanita itu dikatakan telah membuat laporan polis dan suaminya serta wanita simpanan berkenaan dilaporkan telah ditahan pihak polis. Menurut polis, mereka telah menerima laporan dari si isteri selepas dia menyerbu suaminya itu.

“Atas laporan korban, yang merupakan istri tersangka, Unit Perlindungan Perempuan dan Anak telah menahan si suami dan wanita simpanannya.”

Bukan itu saja, menurut pihak polis juga kedua-dua mereka telah melakukan zina beberapa kali dan malah wanita tersebut juga dilaporkan sedang hamil dua bulan hasil hubungan terlarang itu.

Difahamkan, kes kini masih dalam siasatan pihak polis dan si isteri dikatakan bakal membawa kes kecurangan dan kes zina suaminya ini ke mahkamah.

Baca: “Sia sia bapak suruh solat!” – [VIDEO] Luluh Hati Bapa Bila Tangkap Anak Sendiri Berzina di Hotel

Kantoi Mesum

Sumber: Suara
Sumber: Suara
Sumber: Suara