in

“Kau jutawan ke, star dunia ke, SOP kena ikut” – [VIDEO] Ronaldo Kena Tegur Tak Pakai Pelitup Muka

Ronaldo Mask

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Undang-undang mengatasi segala-galanya!


Tak kiralah korang tu jutawan ke, artis paling popular ke mahupun pemain bola sepak profesional dunia. Kalau undang-undang menetapkan korang kena pakai mask demi mematuhi SOP COVID 19, korang kena turutkan juga.

Itulah yang berlaku kepada bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo yang dinasihatkan untuk memakai pelitup muka ketika menyaksikan perlawanan membabitkan negaranya di tempat duduk penonton.

Mask

Menurut Harian Metro, kapten Portugal dan juga bintang Juventus tersebut terpaksa diketepikan daripada menyertai permainan tersebut kerana mengalami masalah tumit.

Walau bagaimanapun, beliau tetap hadir bagi menyaksikan Portugal yang menewaskan naib juara Piala Dunia Croatia, 4-1 di Porto.

Ketika perlawanan tersebut berlangsung, Ronaldo, 35 telah dikejutkan dengan kehadiran petugas kesihatan yang memintanya supaya memakai pelitup muka.

Tidak melenting, Ronaldo kemudian segera memakai mask yang diletakkan di atas bangku tempat duduknya dan kembali menyaksikan perlawanan tersebut.

 

“Walaupun dia jutawan tapi dia dengar arahan… salute!” 

Tindakan spontan Ronaldo yang mengikuti arahan petugas kesihatan tersebut mendapat pujian netizen. Bagus dia tak marah-marah. Walaupun ada status dan kaya-raya kan?

Langgar Sop

Amacam? Ronaldo pun kena patuh SOP tau. Marilah kita contohi Ronaldo. 

Baca: “Saya sudah pesan jangan langgar SOP” – Mukhriz Mahathir Mengaku Anak & Menantu Ditahan Dalam Serbuan di Pub

Mukhriz

Sumber: Harian Metro
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.