in

“Kau je lah anak tulen seni Malaysia ni” – Netizen Berbalah Dengan Sharifah Amani Sebab Isu Filem Tak Laku

Amani2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon Sharifah Amani semalam ada menyuarakan pendapatnya berkenaan dengan industri filem di Malaysia ni di Twitter, seperti yang kita tahu, pelakon filem Motif ini memang lantang dalam memperjuangkan filem tempatan di media sosial.

Tetapi perbalahan tercetus apabila ada satu kenyataannya ini disangkal oleh netizen.


 

End up cerita ni dilabel poyo & tak dapat sambutan di pawagam – Netizen

Ada seorang pengguna Twitter memuat naik salah satu babak dari cerita Terbaik Dari Langit di mana babak itu menjelaskan tentang kualiti filem dengan kata-kata yang agak mendalam.

Terbaikdarilangit

Tak dinafikan ia memang kata-kata yang ‘makan dalam’ buat kita sebagai penonton, dan ia diibaratkan sebagai satu gambaran tentang sikap penonton-penonton filem sekarang.

Tergolong dalam 17,000 orang yang retweets tentang babak filem tersebut, Sharifah Amani menceritakan hakikat sebenar penonton filem di Malaysia, malah dia juga mendedahkan bahawa filem itu tidak mendapat sambutan sehingga menyebabkan syarikat produksi terpaksa gulung tikar.

Retweet dan komen ini telah meraih hampir 10,000 perkongsian berkenaan dengan pendapat Sharifah Amani, namun kenyataan dia itu disangkal oleh netizen sehingga mendapat perhatian daripada Sharifah Amani sendiri.

 

Ye sis. Kau dengan kaum kerabat kau je la anak seni tulen dekat Malaysia ni. – Netizen

Kenyataan itu dibidas oleh netizen Alan Al Padat kerana menganggap bahawa Sharifah Amani ni bitter dengan pasaran di Malaysia.

Nak dirumuskan dalam perbalahan ini Alan menepis kelantangan Sharifah Amani yang baginya terlalu menyalahkan pasaran di Malaysia.

Alan

Dan ini pula respon daripada Sharifah Amani.

Alan2

Ini pula respon daripada Alan

Alan5 Alan6

Bagaimanapun perbalahan itu tidaklah begitu tegang, masing-masing mencurahkan pendapat mereka dengan berfikiran terbuka.

Malah Sharifah Amani pun tak melatah apabila ditegur, harap kedua-dua pihak dapatlah mencari inisiatif sebagai orang filem dan sebagai penonton dalam memajukan industri seni Malaysia ni.

 

Baca : “Menitik air mata bila tang plot twist” – Netizen Terharu Lihat Filem Suatu Ketika, Bola Sepak Tahun 50-an Suntik Semangat Patriotik

Olabola

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.