in

“Kau boleh pakai, tapi aku tak izinkan” – Amir Jahari Larang Orang Gunakan Lagunya Untuk Hal Politik

Ft Amir Jahari Haramkan Orang Pakai Lagunya Untuk Politik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan dengan kes dakwaan Presiden Perikasan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, ramai penyokong mengerumuni Mahkamah Kuala Lumpur sebagai tanda sokongan kepada bekas Perdana Menteri itu.

Berdasarkan pemantauan Berita Harian, penyokong parti itu berada di kawasan tempat letak kereta di luar mahkamah sambil memakai pengikat kepala dan memakai baju putih tertulis ‘Kami Bersama Abah’ sejak jam 8 pagi.


 

Penyokong turun padang sebab nak sokong Abah

Oleh itu, tular satu rakaman yang menunjukkan keadaan yang terjadi semasa Ahli Parlimen Pagoh itu berada di Mahkamah. Turut kelihatan juga para penyokong yang berkerumun di situ untuk memberikan sokongan.

Video montaj yang berdurasi 1 minit 5 saat itu, berlatar belakangkan muzik lagu yang berjudul Hasrat dariapda Amir Jahari. Apa yang menjadi isu adalah video tersebut mendapat perhatian tuan empunya badan, ternyata dia rasa kurang senang dengan video tersebut.

Kata Amir Jahari, dia tidak mengizinkan orang lain untuk menggunakan lagunya untuk agenda politik. Bagaimanapun, dia biarkan orang pakai, tetapi dia tidak izinkan.

“Aku tak izinkan kau guna lagu aku untuk agenda politik. Kau boleh pakai, tapi aku tak izinkan, pandai-pandai jawab dalam kubur nanti.”

Sebagai rujukan, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan didakwa 6 pertuduhan menerima rasuah dan pengubahan wang haram. Walaubagaimanapun, beliau mengaku tidak bersalah.

Baca : “Ramai musuh nak hancurkan saya” – Muhyiddin Serah Pada Allah & Hakim

Collage 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.