in

“Ramai musuh nak hancurkan saya” – Muhyiddin Serah Pada Allah & Hakim

Collage 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan didakwa atas empat pertuduhan menerima rasuah dan dua pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram.


Untuk pengetahuan korang, Muhyiddin yang mengaku tidak bersalah dan mohon untuk dibicarakan ini telah didakwa menerima rasuah berjumlah RM232.5 juta dan pengubahan wang haram sebanyak RM195 juta.

Ketika sidang media yang dibuat di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Presiden Bersatu ini mengatakan yang dia memilih untuk berjuang dan tidak akan tunduk dengan desakan.

Saya pilih untuk tegak berdiri di atas prinsip yang saya pegang. This is the price that I have to pay.

“Saya tahu dalam dunia politik, ramai musuh yang ingin menghancurkan saya, keluarga saya dan parti saya. Lebih-lebih lagi apabila saya berhadapan dengan musuh politik yang rakus.

“Bagi saya tidak mengapa. Ini jalan perjuangan yang saya pilih. Saya tidak memilih untuk bersekongkol atau tunduk dengan desakan mereka yang batil.”

Tambahnya lagi, beliau dan pasukan peguamnya akan berusaha untuk mendapatkan keadilan di mahkamah dan menyerahkan nasibnya kepada Allah dan hakim.

Saya dan pasukan peguam saya akan berusaha dan berikhtiar untuk mendapatkan keadilan di mahkamah.

“Nasib saya akan saya serahkan kepada Allah dan hakim yang adil.”

Selain itu, Muhyiddin turut memberitahu, walaupun dia menghargai sokongan yang diterima dari ahli-ahli parti dan rakyat, dia enggan menyuruh penyokongnya turun ke jalanan untuk menyokongnya.

Bertenang dan berilah peluang kepada saya untuk membela diri melalui proses undang-undang. Saya tidak akan mengajak saudara dan saudari turun ke jalanan untuk mempertahankan diri saya.

“Ini zaman kegawatan ekonomi akibat Covid- 19. Rakyat sedang mengalami kesusahan hidup.

“Saya tidak mahu membebankan rakyat untuk membela diri saya. Kita semua mesti patuh kepada undang-undang dan pelihara keamanan negara.”

Bekas perdana menteri ini turut menegaskan dakwaan ke atasnya ini adalah satu bentuk pertuduhan politik terancang kerana dia telah dibawa ke mahkamah sebelum siasatan lengkap dijalankan.

Mereka hanya menggunakan agensi penguat kuasa sebagai alat untuk mencapai tujuan politik mereka.

“Jelas, pendakwaan ke atas saya adalah satu bentuk pemangsaan politik yang terancang. It is an organized political persecution.

Untuk pengetahuan korang, mahkamah sebentar tadi membenarkan Muhyiddin diikat jamin sebanyak RM2 juta dan diminta untuk menyerahkan pasport sehingga kes selesai. Sebutan semua kes pula akan dibuat pada 26 Mei nanti.

Sumber: Harian Metro

 

Baca: [TERKINI] Muhyiddin Berdepan 6 Pertuduhan Salah Guna Kuasa & Pengubahan Wang Haram

Collage 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.