in

“Katanya pamit mau cari kerja” – Terpaksa Tipu Isteri, Keluar Rumah Untuk Jual Buah Pinggang Sebab Tak Ada Duit Makan

Feat Ginjal E1669426718668

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerana terdesak akibat pendapatannya terkesan disebabkan pandemik Covid-19, seorang bapa mengambil keputusan drastik untuk menjual buah pinggangnya.


Frans Larry Oktavianus, 43, penduduk di Klaten, Indonesia menjadi viral baru-baru ini selepas dia dijumpai memakai kadbod di badan dengan menawarkan buah pinggangnya. Menurut Detik, Larry nekad buat sebegitu selepas sudah buntu kerana tidak mempunyai wang untuk memberi isteri serta 4 orang anaknya makan. 

Larry1

Lebih mengejutkan, ternyata isterinya sendiri juga tidak tahu tentang keputusan Larry untuk mencari pembeli buah pinggangnya itu. Dia hanya tahu selepas dikunjungi seseorang yang memberitahu suaminya sudah viral di media sosial , lapor Radar Solo.

Ketika keluar dia beritahu saya cuma mahu pergi ke Semarang. Sambil bawa beg galas dan air minum. Katanya dia bersama kawan untuk mencari pekerjaan. Kalau kejadiannya seperti ini sejak awal pasti sudah saya tidak benarkan.”

Menurut isteri Larry, Susanti, 42, suaminya itu sebelum ini bekerja di tempat cuci kereta namun telah diberhentikan selain turut mempunyai hutang.

Setiap bulan gajinya sekitar Rp 1.5 juta. Tapi akhir-akhir ini hanya sekitar Rp 700 ribu hingga Rp 500 ribu per bulan. Mungkin dipotong untuk membayar hutang. Hingga akhirnya gaji yang terakhir sebelum diberhentikan, sekitar Rp 300 ribu saja.”

Larry2

Akibat tidak berjaya dapat pekerjaan baru Larry tekad mahu menjual buah pinggang demi kelangsungan hidup serta untuk membayar hutangnya yang masih belum selesai.

Ketua kampung, wakil rukun tetangga dan beberapa pihak lain berkata Larry sebenarnya dalam pantauan pihak mereka sebagai salah seorang yang layak diberikan bantuan. Difahamkan, beberapa sudah tampil untuk memberi bantuan kepada Larry dan keluarganya.

Larry5

Larry3

Baca: “Hilang pendapatan sebab Covid-19” – Terpaksa Curi Kampit Beras Sebab Kebuluran, Lelaki Dibelasah Teruk Orang Kampung

Belasah

Sumber: Detik
Sumber: Tribun
Sumber: Radio Idola
Sumber: Tribun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.