Isu pengacara dan pelakon terkenal, Neelofa yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini nampaknya tidak selesai-selesai lagi apabila netizen mendakwa muncul pula isu baru berkaitan hal tersebut.
Hal ini kerana beberapa hari lepas, tular sebuah video yang menunjukkan keluarga selebriti terbabit telah melanggar SOP meraikan Aidilfitri bersama keluarga meskipun tinggal berasingan.
https://twitter.com/KerusiSepi/status/1394164565089214465
Disebabkan kesalahan yang berulang, pengacara dan selebriti kontroversi, Azwan Ali atau lebih mesra digelar Diva AA meminta kerajaan untuk bertindak tegas dengan memenjarakan Neelofa atas kesalahan yang dilakukannya.
“Jangan tanya apa dosa Neelofa kepada saya. Tanya dia, apa yang dia buat Diva AA marahkan dia sangat?”
Menurut Diva AA, dia lantang mengecam Neelofa atas tanggungjawabnya sebagai rakyat Malaysia dan ia juga bersangkut paut dengan undang-undang serta soal negara yang bermaruah.
Ini bukan soal selebriti tegur sesama selebriti. Jangan tanya apa dosa Neelofa kepada saya. Tanya dia, apa yang dia buat Diva AA (Azwan) marahkan dia sangat?
“Dia antara selebriti yang sering dikecam teruk oleh Diva AA. Tanya pada dia, apa dosanya yang saya dendam sampai mati? Itu persoalan yang perlu, dia jawab.
“Kecaman yang berlaku sekarang bukan kerana soal selebriti. Ini soal undang-undang, soal negara yang bermaruah,” katanya.
Tak cukup dengan itu, Azwan juga berpendapat kerajaan bertindak pilih kasih dalam menjatuhkan hukuman terhadap rakyat.
“Orang ini boleh dan orang itu tak boleh. Undang-undang apa namanya? Saya antara rakyat yang akan habis-habisan bercakap berkenaan undang-undang.
“Kalau Diva AA (saya) buat salah, laju sahaja masing-masing menggelupur buat laporan polis, suruh tangkap saya dan masukkan dalam penjara. Esoknya, terus naik turun mahkamah.
“Kenapa apabila Neelofa, diabaikan begitu saja. Apa hebatnya dia? Apa sumbangan dia pada negara dari segi industri hiburan?” katanya lagi.
“Setakat jadi pengacara program MeleTop, apalah sangat”
Azwan juga sempat mempersoalkan apakah sumbangan besar Neelofa yang boleh dibanggakan sehingga dia tidak dikenakan hukuman berat kerana sering melanggar SOP.
Setakat jadi pengacara program MeleTop, apalah sangat. Ini saya buat Juara Lagu, hasilkan drama Lontong dan buat macam-macam karya, sekejap saja kena tangkap dan didakwa di mahkamah.
“Neelofa boleh pula terlepas. Jangan bagi rakyat bertambah marah. Malaysia sekarang diambang kehancuran, kenapa biarkan perkara ini berlaku?” katanya.
Dalam pada itu Azwan juga berkata, tindakan penguatkuasaan yang lemah membuatkan dia memberontak dalam hal ini selain menjadi orang pertama yang mahu Neelofa dipenjarakan.
“Saya adalah orang pertama yang nak dia dipenjarakan. Saya tak perlukan sokongan ramai dalam perkara ini. Ia adalah pendirian saya sebagai rakyat marhaen.
“Saya rakyat yang ada hak di sisi perlembagaan persekutuan. Dah ada undang-undang berkenaan akta penyakit berjangkit, kenapa tak dilaksana atau dikuatkuasakan?
“Menteri sendiri yang kata tiada pilih kasih atau kompromi terhadap mereka yang langgar peraturan. Neelofa juga dah banyak kali buat hal sekali gus dia ego dan keras kepala,” katanya.
Harap-harap pihak berkuasa take notelah dengan teguran yang disampaikan rakyat. Meskipun daripada Diva AA, admin rasa ada benar juga tegurannya tu.
Apa-apapun kita nantikan siasatan penuh daripada pihak polis berkaitan kes ini.