in

“Kata nk berubahh” – DS Aliff Syukri Buat Hal, ‘Ceroboh Masuk’ Rumah A.Aida Untuk Shoot MV Lagu Raya?

Fi Aliff

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa saja tak kenal dengan usahawan terkenal Dato Seri Aliff Syukri, yang sentiasa terpalit dengan pelbagai kontroversi.


Sebelum ini, ketika menyambut ulang tahunnya yang ke-34 dia ada menyatakan hasratnya untuk menjadi insan lebih baik lepas lihat kepada anak-anaknya yang semakin besar. Niatnya itu mendapat feedback positif daripada warganet yang komen di akaun Instagramnya.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini Aliff sekali lagi dikatakan ‘buat hal’ berkaitan dengan lagu rayanya yang terbaru.

 

Ceroboh masuk 

Semalam, Dato Aliff telah mengeluarkan lagu rayanya yang terbaru bertajuk LALA RAYA dan sehingga kini meraih lebih dari 300k tontonan serta trending nombor 2 di Youtube.

Alif 1

Namun, terdengar ura-ura yang tak sedap didengar berkenaan music video (MV) lagu tersebut. Dikatakan, dia melakukan rakaman tersebut di sebuah rumah persinggahan milik penerbit drama Dato A.Aida dan tidak meminta kebenarannya.

Perkara ini disahkan oleh A.Aida sendiri setelah dia menonton video tersebut dan dia menyedari latar belakang itu adalah rumah persinggahannya Tuah D’Manggis yang terletak di Janda Baik, Pahang.

Alif 2

“Tadi pengurus saya call.. dia tanya tahu tak yang Aliff guna rumah saya di Janda Baik itu untuk MV lagu raya dia. Memang saya terkejut la apabila tengok MV itu, sebab saya tak tahu apa-apa.

Pengurusnya menelefon A.Aida untuk bertanya sama ada dia tahu tentang hal ini, namun dia mengatakan tidak menerima sebarang makluman daripada pihak Aliff.

Selain itu, pengurusnya juga beritahu bahawa Aliff datang dan katanya hanya nak tengok tempat dan panjat untuk pergi ke beranda rumahnya menurut mStar.

“Saya tanya pekerja saya macam mana dia boleh masuk rumah itu dan siapa benarkan dia masuk. Kata pekerja saya, Aliff memang beritahu nak datang untuk tengok tempat.

“Ketika itu tak ada siapa dekat situ.. malah pekerja saya kata, Aliff panjat untuk pergi ke beranda rumah saya tu. Itu dah kira menceroboh! Aliff gunakan rumah itu tanpa pengetahuan saya,”

 

Tak minta kebenaran 

Tambahnya lagi, Aliff tak pernah menghubunginya untuk meminta kebenaran walaupun mereka saling mengenali. Dia juga memberitahu bahawa sebarang penggambaran di rumah tersebut hanya dikhaskan untuk produksi miliknya saja.

“Yang saya sakit hati, dia langsung tak hubungi saya… bukannya dia tak kenal saya dan tahu tu rumah saya! Dah la tak minta izin, tak ada langsung letak kredit penghargaan nama resort saya

“Saya memang tak beri mana-mana produksi jalankan penggambaran di rumah itu sebab memang ekslusif untuk produksi saya sahaja.

“Sebelum ni, ada beberapa produksi minta izin nak guna rumah itu tapi saya tak benarkan. Tapi dia senang-senang boleh ceroboh! Saya nak Aliff beri penjelasan.”

Kita haraplah supaya hal ini boleh dibincangkan dengan elok.

Sumber : mStar, Youtube

 

Baca : “Sudah lah krii, sumbang tunggang langgang!” – [Video] Aliff Syukri Nak Keluar Lagu Raya Lagi, Ini Respon Bonda Rozita

Foot Alif

Sumber: Youtube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.