in

“Kasih ibu” – Wanita Ini Sanggup Habiskan Lebih 1 Juta Yuan Untuk Bina Jejantas Demi Keselamatan Anak

Kasih Ibu Wanita Ini Sanggup Habiskan Lebih 1 Juta Yuan Untuk Bina Jejantas Demi Keselamatan Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau ada pertandingan Best Mother in The World, seorang ibu dari Henan, China ni mungkin boleh memenangi hadiah utama. Kalau korang nak tahu, ibu ini sanggup menghabiskan lebih daripada satu juta yuan daripada duitnya sendiri untuk membina dua jejantas di hadapan sekolah anak lelakinya.


Sekolah E1620449605826

Difahamkan, semua itu dilakukan wanita terbabit demi memastikan cahaya matanya dan kanak-kanak lain dapat melintas jalan dengan selamat ketika pergi dan pulang dari sekolah di Xiayi County Experimental Middle School, selatan Bandar Shangqiu, Henan, China.

Menurut Oddity Central, wanita yang hanya dikenali sebagai Meng berkata dia membuat keputusan untuk menggunakan wangnya sendiri dan membina jejantas terbabit kerana jalan di hadapan sekolah anaknya selalu sesak terutama pada waktu puncak seperti pergi sekolah dan pulang sekolah.

Tidak cukup dengan itu, tiada lampu isyarat dibina di kawasan terbabit menjadikan jalan itu bahaya buat sesiapa sahaja yang mahu melintasinya.

“Ada kenderaan yang tidak mahu berhenti apabila ada yang mahu melintas jalan,” kata salah seorang guru di sekolah itu.

Jejantas E1620448736718

Tambah Meng lagi, sebab lain yang mendorong dia mengeluarkan wang bagi membina jejantas itu adalah kerana keadaan jalan raya di hadapan sekolah yang penuh dengan lopak air.

“Kadangkala air akan menjadi dalam dan sukar untuk kami melintas jalan. Kaki anak saya pernah bertukar putih kerana kasutnya basah terendam dalam air,” terang Meng.

Menurut laporan, salah satu jejantas itu berstatus hampir siap, manakala, sebuah lagi masih dalam pembinaan. Kata Meng, pembinaan jejantas itu sudah mendapat kelulusan pihak yang bertanggungjawab.

Terang Meng lagi, walaupun dia bertanggungjawab terhadap pembinaan jejantas itu, wanita berkenaan tidak pernah memberitahu anaknya mengenai hal terbabit.

“Saya tak mahu dia berasa terlalu bangga dan riak. Saya hanya lakukan ini untuk kemudahan bersama,” katanya.

“Saya cuma lakukan apa yang saya mampu. Duit tidak boleh dibawa sehingga mati dan saya rasa tak perlu untuk tinggalkan wang yang terlalu banyak untuk anak saya.”

Difahamkan, jejantas itu akan diberi nama Wisdom Bridge dengan harapan para pelajar yang melaluinya akan menjadi bijak dari hari ke hari.

Kisah ibu terbabit mendapat perhatian netizen di China. Rata-ratanya memuji kebaikan wanita terbabit yang tidak mementingkan diri dan sanggup menggeluarkan wang sendiri untuk keselamatan komuniti sejagat.

Sumber: Oddity Central, SCMP

Baca: “Kasih ibu sampai ke syurga” – Ibu Tunggal Tunggang Motor 1400 KM, Ambil Anak Yang Terperangkap Lockdown

Combine Ibu E1620447066393

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.