in

“Kasih gas air mata aja sih” – [VIDEO] Warga Indonesia Abaikan Arahan Bapak Polisi Suruh Balik Rumah Untuk Elak Covid-19

Feature 4 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seramai 55 mangsa telah meninggal dunia akibat wabak Coronavirus di negara jiran, Indonesia dengan bilangan kes jangkitan sebanyak 686 kes. Negara tersebut kini sedang berada dalam keadaan berjaga-jaga untuk menangani pandemik ini.


Difahamkan, rakyat negara tersebut telah diarahkan untuk mematuhi arahan penjarakkan sosial untuk mengurangkan risiko Covid-19. Dorang ni tak takut korona ke? 

Namun, ada juga segelintir yang degil dengan tidak mengedahkan arahan tersebut. Seorang pengguna Twitter telah kongsikan sebuah video yang menunjukkan ada sesetengah rakyat mereka yang masih lagi lepak dan bersantai di rumah makan.

Dalam video terbabit, kita boleh dengar bahawa ada bapak polisi yang telah membuat pengumuman yang mengarahkan pengunjung kedai makan terbabit untuk balik ke rumah masing-masing. Tapi boleh pulak dorang buat tak tahu je dengan polis tu? Berani betul dorang ni. 

Indo

Ada juga netizen Indonesia yang mencadangkan agar pihak polis menyembur gas pemedih mata kepada orang awam yang degil seperti ini. Mungkin kalau buat macam ni dorang akan takut sikit. 

Indo 2

Rata-rata netizen Malaysia dan Indonesia sendiri turut mengecam tindakan golongan ini.

Indo 3

Indo 4 1

Harapnya lepas ni dorang akan lebih mematuhi arahan lah. Kalau tak, macam mana lah wabak ni nak berakhir kan? 

 

Baca: “Bekas kem untuk pelarian Vietnam” – Pesakit Positif COVID-19 Di Indonesia Mungkin Akan Diletakkan Di Sebuah Pulau Tak Berpenghuni

Pulau

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.