in

“Kasih ayah, kasih sejati” – Seorang Bapa Sanggup Jadi ‘Human Shield’ Lindungi Anak Dari Terkena Peluru

Untitled Collage 2 2 E1665208132251

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hajat seorang bapa yang mahu terbang dari Dubai untuk meraikan ulangtahun kelahiran anak kembarnya di New Zealand, bertukar igauan ngeri yang mungkin tidak dapat dilupakan keluarga itu seumur hidup mereka.

Dalam tragedi Jumaat berdarah di Christchurch semalam, seorang ayah jagoan dari Iraq — Adeeb Sami, sanggup mempertaruhkan nyawanya sendiri untuk menyelamatkan anak-anaknya dari terkena peluru tembakan.

 

“Ayah, juara satu seluruh dunia”


 

Adeeb 7

Adeeb Sami, yang bekerja di sebuah syarikat konsultasi kejuruteraan di Dubai — dilapor pergi ke Masjid Al-Noor untuk menunaikan solat Jumaat bersama anak lelakinya.

Sangkaan mereka, hari Jumaat tersebut hanyalah seperti Jumaat lain sebelumnya.

Namun, apa yang berlaku amat mengejutkan.

Seorang lelaki meluru masuk ke dalam masjid dan melepaskan tembakan ke arah jemaah, keadaan menjadi kelam kabut secara tiba-tiba.

Fitrah seorang ayah apabila terperangkap dalam situasi mencemaskan itu, hanyalah mahu menyelamatkan anak-anak dikasihi dari pergi dulu sebelum waktunya.

Dan itulah yang Adeeb lakukan, beliau melompat ke atas badan dua anaknya yang sedang meringkuk di lantai masjid dan menjadi ‘perisai hidup’ yang menghalang peluru daripada menembusi badan anak-anaknya.

“Jangan bergerak,” bisik Adeeb kepada anaknya.

Lalu, sebutir peluru tertusuk ke badan seorang ayah yang sudah tua, dan hampir mengenai tulang belakangnya.

Memang, kasih ayah tiada tandingannya.

 

“Terima kasih atas doa semua”

Heba

 

Anak perempuan Adeeb, Heba ketika ditemubual sebuah agensi media antarabangsa memaklumkan — ayahnya kini berada dalam keadaan stabil namun masih lemah dan terkejut susulan kejadian tersebut.

Adeeb sudah pun menjalani pembedahan mengeluarkan peluru dari belakang badannya, dan setakat ini pakar perubatan tidak mengesan sebarang pendarahan dalaman padanya.

Heba dalam pada itu juga tidak menyangka, hari mereka sekeluarga disatukan — sekelip mata bertukar menjadi hari penuh duka buat seluruh dunia.

Sama seperti Daoud Nabi yang mencintai negara kiwi itu, Heba sekeluarga juga menganggap komuniti penduduk New Zealand begitu ramah dan tidak pernah menganggap mereka sebagai pendatang.

Meskipun semua ahli keluarganya terselamat, Heba berkata beliau akan tetap memberi sokongan kepada semua keluarga yang terlibat dalam tragedi ini, agar mereka dapat beransur pulih daripada trauma yang dialami.

 

 

Baca: Daoud Nabi, Syahid Pertama Tragedi Jumaat Berdarah Christchurch. Siapa Beliau Sebenarnya?

Daoud

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.