Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut dalam satu kejadian menyayat hati selepas dilanggar sebuah kereta di kawasan kediamannya di Taman Kesang Baru, Parit Bunga, pada Khamis lalu.
Insiden itu berlaku kira-kira jam 8.15 pagi ketika bapa mangsa yang berusia 30 tahun, sedang mengundurkan kereta jenis Suzuki Swift di garaj rumah bagi mengubah kedudukan kenderaan.
Ketika kenderaan sedang bergerak ke belakang, kanak-kanak berkenaan dipercayai keluar dari dalam rumah dan menuju ke bahagian belakang kereta tanpa disedari oleh bapanya.

Artikel berkaitan: Dua Maut, Seorang Cedera Dihempap Kren Arang Batu Di Tanjung Bin Power
Artikel berkaitan: Hajat Sertai RXZ Melaka Attack 2025 Tak Kesampaian, Seorang Peserta Maut Terlibat Kemalangan Jalan Raya
Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah terutama di bahagian kepala sebelum dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar untuk rawatan lanjut.
Namun, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 7.30 malam hari yang sama.
Timbalan Ketua Polis Daerah Tangkak, DSP Jamellulkamal Abdul Halim memaklumkan siasatan kes sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian serta keadaan yang membawa kepada tragedi berkenaan.
Sumber: Astro Awani
