in

Kanak-kanak 5 Tahun Miliki Ikan Koi Gergasi Dengan Berat 25 Kg

F2 Ikan Koi Gergasi 25Kg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti ada di antara anda yang teringin nak ada kolam ikan di halaman rumah kan, boleh lah healing tepi kolam sambil tengok ikan-ikan berenang kan.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di China ini pula telah membela seekor ikan koi gergasi yang mempunyai berat 25 kilogram! Dah macam berat badan kanak-kanak tu pulak kan. 


6 1

Memetik laporan Must Share News, ikan koi itu pada asalknya diternak oleh Encik Yuan yang kemudiannya dijual kepada rakannya iaitu bapa kepada kanak-kanak tersebut.

Ikan koi 25 kilogram yang diberi nama Hurricane itu dilihat sangat rapat dengan kanak-kanak perempuan itu kerana ia boleh dibelai seperti haiwan peliharaan berbulu yang lain meskipun tinggal di dalam kolam.

Artikel Berkaitan: Kerana Minat, Lelaki Sanggup Jual Tanah Untuk beli Ikan Koi Bernilai RM 300,000

Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Upah Pekerja Untuk Bersihkan Kolam, Tapi Lain Pula Yang ‘Bersih’

Kanak-kanak tersebut juga akan memberi makan kepada ikan kesayangannya itu.

Dapat dilihat dalam video yang dikongsikan menerusi platform media sosial China iaitu Weibo bahawa ikan koi itu menonjol berbanding ikan-ikan lain yang turut berenang di dalam kolam yang sama kerana saiznya yang besar.

Ikan Koi

Hurricane juga dilihat mendekati budak perempuan itu di tepi kolam untuk membenarkan kanak-kanak itu membelainya tanpa masalah.

Namun, difahamkan, ikan koi itu dilihat akan stres apabila didekati oleh manusia dewasa.

Mungkin ikan itu hanya selesa dengan kanak-kanak tu je kan. 

Menurut Encik Yuan, ikan koi yang diberi nama Hurricane itu dianggarkan bernilai hampir 500,000 yuan (lebih kurang RM 323,548).

Mahal tu! Dah macam harga sebiji kereta dah kan. 

Sumber: Must Share News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.