in

“Kan dah kena!” – [VIDEO] Ibu ‘Pedajal’ Anak Sebab Taknak Dengar Nasihat Buat Netizen Terhibur

Ft Pedajal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada zaman serba canggih ini, gajet dan kehidupan memang tak boleh dipisahkan. Celik je mata bangun dari tidur, pasti benda pertama yang korang cari ialah telefon pintar, kan.



Bukan sahaja golongan dewasa, malah kebanyakan ibu bapa ada yang membenarkan anak-anak mereka memiliki gajet sendiri. Kanak-kanak juga kebiasaannya akan bermain dengan gajet mereka dalam tempoh yang agak lama tanpa kita sedar.

Sama dengan kisah kalini, dalam perkongsian @thechanteq, dia telah memuat naik video di akaun Tiktoknya yang menunjukkan helah yang digunakan untuk mengelakkan anaknya daripada bermain telefon pintar terlalu lama.

@thechanteq

Bila mama & ayah pesan,tak dipeduli. 🐼 ari ni mama kerjakan! kita tgu dia bangun mcm mana #padanmukakau #kasirasa

♬ janji putih – im her

“Degil taknak dengar nasihat”

Seperti yang dilihat dalam video, pemilik akaun Tiktok ini bertindak ‘menconteng’ gincu pada mata anaknya sewaktu anak kecil itu sedang tidur nyenyak kerana anaknya tidak mendengar nasihat ibunya.

Menurut wanita itu, dia sudah berpesan pada anaknya bahawa mata dia akan ‘berdarah’ kalau tengok telefon tanpa henti. Namun nasihat itu bagaikan ‘mencurah air ke daun keladi’ kerana dia tidak menghiraukan kata-kata ibunya.

“Tahu kau takut”

Tapi apa yang lagi lawak apabila melihat reaksi anak kecil itu tengok kelopak matanya yang dipenuhi dengan ‘darah’ apabila dia bangun. Ibunya juga sempat memujuk anaknya untuk dibawa ke klinik namun ditolak.

Video pendek itu telah mendapat hampir setengah juta tontonan di Tiktok. Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan taktik yang digunakan wanita tu untuk mengelakkan anaknya bermain gejet terlalu lama.

Netizen juga sempat menceritakan tentang pengalaman mereka mengendalikan kanak-kanak yang ketagihan bermain telefon pintar.

Komen Pedajal

Untuk pengetahuan korang, helah yang digunakan wanita ini sangat berkesan kerana anaknya takut untuk bermain telefon lagi.

Tak sangka taktik ni menjadi tapi kesian juga tengok budak tu.

Baca: “Tak faham la ibu” -[VIDEO]  Anak Buang Kucing Keluar Sebab Nak Duduk Dalam Sangkar Geng Ibu Boleh Relate

Ft Cat E1632463537487

Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.