in

“Kamu tak perlu keluar 5 sen pun” – Anak Kongsi Ayah Sempat Siapkan Segala Urusan Dunia Sebelum…

Ft Arwah Ayah Khairat Kematian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini telah tular kisah seorang bapa yang berusaha untuk memudahkan urusan anak-anaknya sampai ke hembusan nafas terakhir telah mendapat perhatian netizen.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat beberapa screenshot mesej diantara pemilik akaun TikTok berkenaan bersama ayahnya yang telah membuat persiapan awal.


Difahamkan, si bapa telah menyelesaikan bayaran khairat kematian untuk dirinya serta berkongsi kunci pin akaun bank miliknya kepada salah seorang anaknya sebelum menghembuskan nafas terakhir pada 14 Jun lalu.

Screenshot 23

Screenshot 22 1

Selalu bercakap pasal kematian

Menurut anaknya, Esya, arwah bapanya menghidap penyakit jantung dan paru-paru berair sering bercakap soal mati, seakan-akan dia tahu sudah masanya tidak lagi panjang di dunia ini.

“Dia pernah mesej cakap dia dah nak mati pada tahun 2020. Dia memang selalu cakap yang dia rasa tak lama dah. Tapi kita anak-anak tak layan, sebab tak nak pun benda tu berlaku.”

“Apa-apa urusan, ayah selalu dengan saya. Sebab hanya saya dan adik menetap dengannya, apa-apa info dia akan bagi pada saya, termasuklah dia bagi password bank dan nombor telefon majikan sebelum dia meningggal,” katanya.

Screenshot 28

Screenshot 26

Esya memberitahu, dia melihat usaha arwah bapanya itu sebagai satu tindakan yang wajar bagi memudahkan urusan keluarga sekiranya berlaku kematian.

Selain itu, Esya berkata anak-anak juga perlu cakna dengan maklumat-maklumat penting untuk mengelakkan sebarang kesulitan apabila ibu bapa mereka meninggal suatu hari nanti.

Screenshot 25 1 1

“Kalau mak ayah tak maklumkan pada kita maklumat penting tu semua, kita sebagai anak pun boleh ambil langkah untuk tanya dulu agar bersedia, mudahkan urusan keluarga,” katanya.

“He was so ready, literally a good father” – Netizen

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan si bapa yang cuba sedaya upaya untuk memudahkan urusan keluarganya meskipun dia sudah tiada di dunia ini.

Screenshot 20

Sedihnyaaa! Macam mana pun betul pesanan yang disampaikan tu…

Sumber : mStar, TikTok

Baca :  “Hadiah untuk ayah” – [VIDEO] Pelajar Cemerlang SPM Lawat Kubur Ayah, Kongsi Berita Gembira

Spm Pusara Ayah 728X383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.