in ,

Ingatkan Reti Masak Je, Gambar Seakan Model Sugu Pavithra Dipuji Netizen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pavithra, atau lebih mesra dikenali dengan nama akaun Youtube beliau, Sugu Pavithra bukanlah satu nama yang asing lagi di Malaysia.


Beliau terkenal dengan video masakan yang enak dan sangat mudah untuk diikuti oleh para penonton. Malah, beliau juga berjaya menarik perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) sehingga mendapat pengiktirafan dan hadiah saguhati beberapa bulan lalu.

Terbaru, tular beberapa keping gambar yang melihatkan Pavithra sedang menjalani penggambaran. Apa yang mengejutkan netizen adalah wajah dan gaya posing beliau yang seakan-akan model sebenar. Cantik betul!

Gambar-gambar Pavithra mendapat pujian ramai netizen, malah kecantikan beliau juga mendapat perhatian selebriti-selebriti tanah air.

Yuna pun puji!

Ingatkan reti masak je, ada bakat jadi model juga rupanya!

 

BACA: “Suami pun dah berhenti kerja” – Netizen ‘Happy’Tengok Kejayaan Sugu Pavithra, Dah Pindah Rumah Sewa Lebih Besar & Selesa

Sumber: Razzi Musa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.