in

“Kami tak dapat pulang ke Malaysia” – Ramai Tunggu Kepulangan Adik Ainul Tapi Keadaan Tidak Mengizinkan Sebab…

Adik Ainul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas dua bulan berada di kota London untuk rawatan, adik Ainul Mardhiah akhirnya dibenarkan pulang ke tanah air. Namun, menurut ibunya, Nurul Erwani Zaidi, perjalanan pulang ke Malaysia yang sepatutnya tiba pada petang Selasa lalu terpaksa ditangguh kerana Ainul demam dan batuk pada hari tersebut.


Ainul2
sumber: instagram

Menurut Erwani, doktor memang sudah membenarkan Ainul pulang dan keadaannya pada hari Jumaat sangat baik. Malah persiapan juga telah dilakukan namun, atas faktor kesihatan, ibu dan bapanya redha dengan penangguhan kepulangan mereka.

Memang betul, Ainul sepatutnya dibenarkan pulang ke Malaysia pada 8/7 (Isnin) pada 9.30 malam waktu London dan dijangka sampai ke Malaysia pada 9/7 (Selasa) pada 5.30 petang waktu Malaysia.”

Siapa sangka, perancangan Allah Maha hebat. Kami tak dapat pulang ke Malaysia atas faktor kesihatan Ainul tidak mengizinkan untuk dia berada di dalam kapal terbang.”

Ainul demam dan batuk pada pagi hari Isnin sepatutnya hari kepulangan kami ke Malaysia. Ada hikmah semua ini akan berlaku. Allah pasti tahu apa yang terbaik untuk kami. Ya saya pasti.”

Ainul5

Ainul3
sumber: instagram

Erwani memohon agar semua pihak bersabar dan mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga di sana. Dia juga berterima kasih kepada semua yang memberi semangat dan pertolongan selama ini.

Terima kasih pada semua kerana selama ini sentiasa memberi semangat pada kami, doakan yang baik untuk kami, beri pertolongan pada kami. Saya amat hargai.”

Saya harap Tuhan akan membalas semua kebaikan ini dan memudahkan segala urusan di dunia dan juga di Akhirat nanti. Bercakaplah perkara yang baik baik kerana percakapan kita adalah satu doa.”

Ainul4
sumber: instagram

Moga adik Ainul diberi kesihatan yang baik dan kami di Malaysia tak sabar tunggu kepulanganmu sayang…

Baca: “Cepat sembuh ye baby sayang…” – [VIDEO] Bapa Kongsi Video Terbaru Adik Ainul Selepas Pembedahan

Adik Ainul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.