in

“Cepat sembuh ye baby sayang…” – [VIDEO] Bapa Kongsi Video Terbaru Adik Ainul Selepas Pembedahan

Adik Ainul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, kita dapat perkhabaran tentang pembedahan adik Ainul Mardhiah yang selamat dijalankan di sebuah hospital tempatan di London. Malah, ramai yang terharu dan berterima kasih kepada Dr Amalina di atas pertolongannya sejak dia dapat tahu tentang penyakit adik Ainul.


Status Dr Amalina juga menyentuh hati ramai rakyat Malaysia kerana adik Ainul selamat menjalani pembedahan yang memakan masa sehingga 5 jam. Tumor seberat 200g telah berjaya dibuang oleh sekumpulan pakar bedah dan anestetik yang diketuai oleh Profesor David Dunaway, ketua Craniofacial di hospital berkenaan.

View this post on Instagram

Alhamdulillah, Ainul, you’re strong baby girl! ? After about 5 hours of battling in theatre, the tumour (weighing 200g) was successfully removed. You could not imagine how anxious I was, whilst in theatre. Such a tiny baby, so delicate, so beautiful — “don’t worry baby, everyone is here to help you”. Because it was such a high risk operation, a lot of preparations needed to be done to ensure that baby Ainul would be safe. A lot of planning, a lot of scans, a lot of meetings and a lot of patience. The team included surgeons from various specialties (including craniofacial, plastics and head and neck consultants) led by Prof David Dunway and Mr Juling Ong (also Malaysian-born). They’re very experienced in their own respective field. I was very honoured to be part of the surgical team. Thank you to everyone who made this possible, it was a team effort! Ainul is currently being monitored post-operatively and she’s stable. When I stepped out from theatre and saw Ainul’s parents, I couldn’t control my emotions. It was a mixed feeling, such an emotional journey and an uplifting experience at the same time. Ainul, Wani and Safi are like my own family. Let’s pray for Ainul’s recovery. Thank you for all your prayers. ?? (Consent was given by Ainul’s parents for this story to be on IG) @_nrlerwani @ahmadsafiudinn

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri) on

Tidak lama selepas berita gembira itu, bapa Ainul, Ahmad Safiuddin berkongsi gambar menunjukkan anaknya sudah sedarkan diri selepas pembedahan tersebut.

Ainul
sumber: instagram

Hari ini, Safiuddin telah berkongsi dengan kita semua sebuah video menunjukkan adik Ainul memberikan reaksi positif dengan ibunya. Dalam video tu boleh nampak Ainul memberi respon dan tersenyum ketika ibunya bersembang dengan dia.

Tonton video di bawah:

https://www.instagram.com/p/BymBSvnl3zZ/

Ramai netizen memberi komen positif di Instagram dan mendoakan agar adik Ainul diberi kesembuhan serta terus kuat melawan sakitnya itu. Tak lupa juga mereka yang mengaku terharu dan menitiskan air mata lepas tengok perkembangan adik Ainul.

Baca: “Saya tak sabar nak tengok dia senyum” – Tumor Pada Mulut Adik Ainul Berjaya Dibuang Lepas Pembedahan Lebih 5 Jam

Collage 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.