in

“Kami tak ada pilihan” – Mangsa Banjir Cerita Situasi Sebenar Terperangkap Dalam Keadaan Kebulur & Terdesak

Collage 33

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang semua tahu, Taman Sri Muda adalah antara kawasan yang paling teruk terjejas akibat banjir hujung minggu lalu.


Kebanyakan penduduk di sana telah terperangkap di atap atau tingkat atas rumah tanpa jalan keluar dan bekalan makanan selama lebih 48 jam.

Memetik laporan dari MalaysiaKini, mangsa-mangsa banjir telah kongsikan desakan yang perlu dilalui mereka dalam keadaan kebulur.

Menurut beberapa saksi, banjir di kawasan ini bermula pada Sabtu pagi bila air mula naik dan menenggelamkan kereta sehingga ramai yang terpaksa menyelamatkan diri ke tempat yang lebih tinggi.

“Semua orang lapar”

Menceritakan keadaan terperangkap di rumah bersama suami dan anak-anak, Siti Ramlah mengatakan semua penduduk di sana lapar. Itu adalah antara perkara yang sangat terkesan dirasai oleh orang ramai.

391Ae8754C684704826D86586378E2C1

Semua orang lapar, tak kira berapa banyak bot yang lalu, makanan memang tak cukup. Masa saya diselamatkan, kami nampak orang pecah masuk 99 Speedmart. Orang ambil makanan sebab dorang lapar.”

Bukan itu je, setiap kali bot lalu, akan dengar kedengaran suara orang ramai menjerit “makanan, makanan”.

“Kami tak ada pilihan, bekalan tak datang”

Bermula semalam, banyak badan beruniforn dari serata negeri dah mula masuk ke kawasan tersebut dan menyelamatkan mangsa dengan mengutamakan keluarga yang ada orang tua dan kanak-kanak.

Bagi Thinesh, dia tak boleh nak tunggu diselamatkan jadi lelaki ini terpaksa berenang dan meminta sendiri penyelamat untuk sediakan bot untuk neneknya yang berusia 78 tahun.

95F78A9C3A7Ff16229F00A08Cce61660

Saya nampak orang guna bekas plastik untuk selamatkan orang dan cari makanan. Memang bahaya tapi kami takde pilihan. Bekalan tak sampai.”

Suami Siti Hajar turut memberitahu, ramai orang awam yang lebih aktif ketika misi menyelamat dijalankan.

Orang awam datang bawa bekalan sebelum pegawai kerajaan datang. Semua orang lapar dan tak ada elektrik.”

Tak ada komunikasi

Lebih menyukarkan keadaan menurut Ravichandran, bila servis telekomunikasi terputus kerana bekalan elektrik telah dipotong. Banyak keluarga yang tinggal di luar nak bantu tapi tak boleh berkomunikasi.

9A205085E530E061Ff0960E00F4C0B9A

Macam mana nak berkomunikasi dengan orang luar. Ketika terperangkap, kami tak tahu apa yang berlaku.”

Selain itu, Ravichandran turut percaya yang tak semua penyelamat adalah sukarelawan kerana beberapa bot tak endahkan jeritan ketika misi menyelamat.

Dorang abaikan jeritan minta tolong. Mungkin mereka diupah untuk cari beberapa keluarga.”

 

Baca: “Dia dah angkut kereta aku” – Ada Pihak Cuba Curi Kereta Mangsa Banjir Yang Tersadai?

Screenshot 2021 12 21 At 2.21.36 Pm

Sumber: Malaysiakini
Sumber: Malaysiakini
Sumber: Malaysiakini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.