in

“Kami syak dia mungkin hisap gam” – Lelaki Maut Dilanggar Kereta Api Kerana Tidur Atas Landasan

Gr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalunya orang kena langgar kereta api sebab dorang melintas atau terjatuh atas landasan. Tapi, di Sabah lain pula ceritanya.


Menurut NST, pagi tadi seorang lelaki ditemui mati di landasan kereta api di KM15 laluan Beaufort-Tanjung Aru.

Tapi, insiden ini berlaku bukan sebab dia terjatuh atau tengah melintas, lelaki ini disyaki tengah tidur atas landasan. Biar betul?

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Dzulkifli Abd Ghani berkata mangsa yang hanya dikenali sebagai Totoh berusia dalam lingkungan awal 20-an.

Screenshot 2019 04 18 At 5.59.25 Pm

“Kereta api tersebut bergerak dalam kelajuan 35km sejam. Sebelum itu, pemandu perasan ada satu objek di atas landasan tapi tak boleh nak pastikan apa objek tersebut dalam gelap.

“Bila dia semakin hampir, pemandu cepat-cepat menekan brek kecemasan selepas menyedari seseorang sedang tidur di atas trek tapi dah terlambat.”

Malangnya, mangsa mati serta merta akibat kecederaan parah di kepala. Mayat mangsa dah di bawa ke Hospital Beaufort untuk bedah siasat.

“Dia tak bawa apa-apa maklumat diri. Kami suspek, mangsa mungkin seorang penghidu gam dan dia mungkin tertidur di atas landasan.”

Kesian lelaki ni, sampai tak sedar dia tertidur atas landasan.

 

Baca: Lelaki Jalan Atas Landasan Sebelum Kena Langgar Tren

Screenshot 2019 04 18 At 6.02.10 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.