in

“Kami Stan” – Netizen ‘Salute’ Cara Cik B Troll Balik Diva AA

Cikb9

Nampaknya ramai pengasas produk kini sedang terpalit dengan kontroversi, selain isu Sajat yang tak sensitif dengan sentimen agama, berlaku perbalahan antara DSV dengan pengacara Azwan Ali atau lebih mesra dengan panggilan Diva AA.

Lepas DSV meluahkan rasa terkilan akibat hinaan terhadap kedua-dua arwah anaknya yang meninggal dunia akibat kebakaran, Cik B pula tampil beri respon.

 

Buat remix tohmahan Diva AA

Cik B buat remix segala carutan dan tohman yang dilemparkan kepada keluarganya itu. Kemudian Cik B buat tarian hip hop menggunakan remix tersebut.

Video dari Tik Tok itu dimuat naik semula menerusi Twitter Cik B sendiri dan meraih 21K retweets sejak ia dimuat naik semalam.

Ramai yang salute dengan tindakan Cik B ini, cara yang effortless tapi memang betul-betul makan dalam.

Siap ada yang tolong bagi cadangan lagi.

 

Steady ah Cik B – Netizen

Cikb

Cikb2 Cikb3 Cikb4 Cikb5 Cikb6

Malah ramai juga yang memberikan sokongan moral untuk terus kuat dan kekal positive terhadap sebagai kutukan dan hinaan daripada pihak-pihak lain.

 

Baca : “Saya sendiri tak tahu dia datang” – DSV Kesal Bila Arwah Anak Dihina Oleh Azwan Ali Sebab Kononnya Dia Tak Bayar Upah Mengacara

Divaaa