in

“Tak tahu benda ni salah.” – Budak 11 Tahun Baru Sedar Dia Dirogol Atuknya Selama Setahun

Feat 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seks masih lagi menjadi perkara tabu untuk dibincangkan di Malaysia. Kerana ini, ramai menentang pendidikan seks di sekolah. Hakikatnya ramai yang tak tahu kebaikan disebalik pendidikan seks di awal usia ini.


Mungkin ramai akan membuka mata betapa pentingnya pendidikan seks di awal usia selepas admin ceritakan mengenai kisah seorang kanak-kanak berusia 11 tahun baru tersedar yang dia sebenarnya telah dirogol selama setahun oleh atuknya. Apa punya nafsu serakah ni?

Menurut AsiaOne, kejadian ini berlaku di Kota Kinabalu, Sabah. Apa yang mengejutkan, budak ini hanya sedar perbuatan atuknya adalah satu penderaan seksual hanya selepas kelas pendidikan seks di sekolahnya pada Februari lalu.

Nak dijadikan cerita, selepas tamat sesi pembelajaran budak perempuan ini telah ceritakan tentang perbuatan atuknya kepada cikgu tersebut sebelum cikgu bertindak memberitahu tentang perkara ini kepada ibu bapa budak itu.

Apa lagi, ibu bapa budak tersebut terus membuat laporan kepada polis.

Deafness Criminal Justice 05
Gambar hiasan

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Begitu juga dengan nasib atuk berusia 50 tahun ini apabila dia ditahan dan telah dijatuhkan hukuman penjara selama 27 tahun.

Kadang-kadang tu, ibu bapa tak nak bercakap tentang seks hingga anak-anak pun tak tahu kalau orang pegang mereka di tempat yang tak sepatunya tu salah. Sebab tu penting untuk kita dapat pendidikan seks di sekolah.

 

Baca: “Saya tak pernah tengok jenayah macam ni” – Budak 12 Tahun Dirogol Oleh Abang & Pak Cik Sebelum Kepalanya Dipancung

Screenshot 2019 03 26 At 10.56.16 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.