in

“Kami hampir putus asa” – Isteri Shamsul Ghau Ghau Luah Rasa Syukur Atas Bantuan Orang Ramai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isteri kepada pelawak terkenal Shamsul Ghau Ghau, Sharifah Azrinah Syed Ibrahim, mengakui hampir hilang harapan apabila dimaklumkan kos pembedahan membuang darah beku dalam otak suaminya mencecah puluhan ribu ringgit.

Namun, detik sukar itu bertukar menjadi pengalaman penuh keinsafan apabila ramai rakan artis, pendakwah serta individu prihatin tampil menghulurkan bantuan, lapor Harian Metro.


Menurut Sharifah Azrinah, pada awalnya beliau dimaklumkan deposit sebanyak RM25,000 diperlukan, manakala kos keseluruhan pembedahan berkemungkinan meningkat sehingga RM35,000 atau RM40,000 sekiranya berlaku komplikasi.

“Saya benar-benar terduduk. Saya tidak tahu bagaimana hendak keluarkan simpanan. Mujur ada sahabat yang beri semangat dan mencadangkan supaya keadaan suami dikongsikan agar orang ramai tahu,” katanya.

Whatsapp Image 2026 01 25 At 3
Shamsul ghau ghau dan isterinya, sharifah azrinah syed ibrahim

Artikel berkaitan: Ada Darah Beku Dalam Otak, Shamsul Ghau Ghau Telah Selamat Jalani Pembedahan

Artikel berkaitan: Throwback: 10 Filem Senario Buat Kita Tak Kering Gusi Dulu-dulu

Keadaan bertambah baik selepas pihak pengurusan Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Serdang, bersetuju memberikan pengecualian bayaran sebanyak RM10,000, menjadikan kos pembedahan berkurang kepada RM15,000.

Beliau mengakui ketika itu hanya mempunyai simpanan sekitar RM6,000, namun sumbangan demi sumbangan yang diterima daripada pelbagai pihak akhirnya membolehkan pembedahan dijalankan tanpa perlu memindahkan Shamsul ke hospital lain.

“Mungkin orang melihat kebaikan suami saya. Ramai datang membantu tanpa saya sangka. Saya benar-benar terharu,” katanya.

10

Sharifah Azrinah turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang prihatin, termasuk rakan artis, pendakwah serta orang ramai yang tidak putus-putus bertanya khabar dan datang menziarah.

“Tolong sampaikan terima kasih saya, daripada anak-anak dan suami, kepada semua yang mendoakan dan membantu. Budi baik ini kami tidak akan lupakan,” katanya.

Mengulas keadaan terkini, beliau memaklumkan Shamsul kini berada dalam keadaan stabil namun masih perlu dipantau rapi dalam tempoh 48 jam serta menjalani fisioterapi sepanjang fasa pemulihan.

“Saya mohon doa semua orang. Kita hanya mampu berusaha dan bertawakal,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.