in

“Kami bukan robot!” – Tular Notis Pelajar ‘Sound’ Pensyarah, Netizen Kata Generasi Sekarang Lemah?

Notis Lecturer

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak dinafikan, banyak cabaran yang perlu dilalui individu yang bergelar pelajar. Lebih-lebih lagi ketika dunia masih lagi dilanda wabak COVID-19 yang memaksa mereka untuk belajar secara online. Bukan semua orang mampu untuk ada gajet yang boleh guna internet, yang ada internet pulak kadangkala berdepan masalah connection takde…


Baru-baru ini, tular satu notis yang dikatakan ditulis seorang pelajar yang ditujukan kepada pensyarah-pensyarahnya. Mesej yang dicetak ke atas sebuah kertas A4 telah ditampal sebelum gambarnya tular setelah dikongsikan ke laman Facebook.

“Mesej kepada para lecturer. Anda tak faham ke kami ni stres tapi bila di depan anda, kami buat selamba je. Silap hari bulan ada yang mati bunuh diri kerana anda,” tulis notis itu.

292591773 5692830197416922 2770295362324031256 N E1657334439462

Kami bukan robot!

Menerusi notis berkenaan, pelajar terbabit turut mengadu mengenai bebanan kerja kursus yang banyak, ditambah pula dengan presentation dan ujian lagi.

“6 subjek, tapi 10 kerja kursus? Anda fikir wajar??” 

Tulis pelajar itu lagi, dia memerlukan masa untuk bersama keluarga. Menurutnya, setiap tahun para pelajar perlu beraya ketika study week. Untuk pengetahuan, study week ini adalah minggu ulang kaji dimana selepas tamat minggu terbabit, ujian akan dijalankan.

“Anda fikir anda sahaja perlukan masa dengan keluarga? Tiap-tiap tahun kami perlu beraya pada study week. Aduh Malaysia ku,

“Lagi satu, jangan mengajar kami macam anda mengajar budak sekolah menengah. Kami perlu diajar untuk menghadapi dunia pekerjaan bukan diajar hanya untuk menjawab peperiksaan. Kerja kursus banyak, bila kami nak buat revision???”

Kata netizen

Setakat artikel ini ditulis, posting terbabit sudah meraih lebih empat ribu komentar daripada netizen dan sudah hampir empat ribu dikongsikan semula.

Studentmentalhealth E1657337322568
Gambar hiasan

Banyak netizen di ruangan komen mendoakan agar pelajar terbabit terus bersabar dan meminta mereka mendapatkan rawatan segera jika menunjukkan tanda-tanda depresi.

Ada juga yang mengatakan notis terbabit mencerminkan bagaimana generasi sekarang semakin nampak kepentingan work-life-balance dan isu kesihatan mental.

Pun begitu, ada juga pengguna media sosial yang menganggap generasi kini lemah dan tidak mensyukuri nikmat kehidupan.

“Budak sekarang lemah la. Dulu saya pernah jadi pelajar repeat paper, extend semester dan kena ambik subjek 21 jam kredit hour sebab taknak extend lagi semester. Assignment, kuiz, test memang banyak. Tapi tak pernah pulak lah nak mengeluh sampai keluar notis untuk lecturer,” tulis netizen.

“Lemah sungguh. Masa study masa paling banyak lepak kot. Tunggulah bila dah kerja, 2-3 tahun pertama asyik nangis je. Rilek la dik. It’s part of our journey. Enjoy je. Fiker je kalau orang lain boleh, apesal aku tak boleh,” kata pengguna lain pula.

Sumber: FB JOM GELAK

Baca: Tak Nak Bagi ‘Stres’, Universiti Suruh Pelajar Buat Soalan Dan Jawapan Sendiri Untuk Ujian Semester

Fi Ipt E1657332870424

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.