in

Tak Nak Bagi ‘Stres’, Universiti Suruh Pelajar Buat Soalan Dan Jawapan Sendiri Untuk Ujian Semester

Fi Ipt E1657332870424

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan pandemik yang melanda dunia kini, majoritinya pelajar sekolah mahupun di peringkat institut pengajian tinggi menggunakan inisiatif pembelajaran atas talian.


Namun ternyata, pembelajaran atas talian ini ada cabarannya dan memberi tekanan kepada para pelajar.

 

Buat kertas ujian sendiri

Walau bagaimanapun, sebuah institut pengajian tinggi (IPT) di India ini, ada solusi ‘menarik’ untuk membantu pelajar mereka.

Kisahnya, Institut Teknologi India (IIT) Goa, cuba untuk membantu pelajar mereka supaya tak terlampau tertekan menduduki peperiksaan semester di tengah musim pandemik ini. Jadinya, mereka meminta pelajar-pelajar untuk membuat soalan ujian mereka sendiri. Menarik..

Selain itu kertas soalan mereka perlu terdiri dari dua bahagian. Bahagian pertama terdiri daripada 30 markah di mana pelajar harus membuat soalan mereka sendiri, manakala bahagian kedua pula terdiri daripada 40 markah, pelajar perlu jawab semua soalan yang mereka buat itu. Wahh senang betul kalau macam ni..

Ipt 2

Menurut laporan India Today, mereka diminta menyediakan soalan mereka dari syllabus yang telah dipelajari serta perlu menjawab soalan tersebut dalam masa ditetapkan. Tapi, dalam kertas soalan mereka, dengan lebih lanjut mesti menyatakan dilarang untuk berbincang dengan orang lain.

“Soalan-soalan harus mencerminkan pemahaman anda tentang kursus dan juga harus dijawab dalam masa 2 jam. Dilarang berbincang dengan rakan anda. Jika terdapat persamaan, markah anda akan dikurangkan.”

 

Pelajar puji.. Minta diterap di institut lain

Inisiatif ini di ambil kerana gelombang kedua wabak COVID-19 yang membadai negara tersebut. Hasilnya, ramai penuntut IPT di negara tersebut terpaksa menghadapi kelas secara dalam talian hampir sepanjang tahun dan peperiksaan akhir mereka dibatalkan.

Selepas perkara ini viral, para pelajar institut tersebut memuji kaedah digunakan. Sebilangan pelajar juga meminta untuk kaedah itu diterapkan pada IPT yang lain di negara itu. Perkara ini juga untuk pastikan skor mereka tak terkesan dengan keadaan yang menimpa negara itu buat masa kini.

Unik betul kaedah dorang ambil yaa

 

Baca : Warga Emas Umur 65 Tahun Duduki Peperiksaan SPM, Nak Buktikan Usia Bukan Penghalang Untuk Berjaya!

Foot Ipt

Sumber: India Today

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.