in

“Kami akan lakukan siasatan” – Sushi Jiro Tampil Beri Keterangan, Tepis Dakwaan Ada Jual Daging Babi?

Jiro2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasti ramai yang menggemari Sushi Jiro kan? Ramai golongan muda suka ke sini sebab semua sushi di sini sama sahaja.


Namun ada perkara yang kurang elok di dengar apabila ada khabar angin mengatakan bahawa kedai makanan Jepun ini menyediakan daging babi.

 

Ada menu daging babi?

Khabar angin itu difahamkan tersebar di Facebook, individu tersebut ingin memakan sushi dan pada waktu itu banyak kedai makan dah tak terima pelanggan, kecuali Sushi Jiro, dia melihhat ramai orang bergama Islam (bertudung) masuk ke kedai tersebut.

Namun, semasa menunggu giliran, dia dimaklumkan oleh kakitangan kedai tersebut bahawa premis itu ada menyediakan daging babi.

 

Sushi Jiro tampil beri respon

Disebabkan kes ini viral, Sushi Jiro memberikan respon dengan menepis dakwaan tersebut melalui laman web rasmi.

“Kami ingin menjelaskan bahawa kami memang tiada menyediakan daging babi. Berikutan dengan maklumat palsu, kami akan lakukan siasatan.”

Jiro

Selain itu difahamkan individu yang dikhabarkan kakitangan daripada pihak pengurusan restoran tersebut ada tampil menjawab persoalan daripada warganet berkenaan status halal di premis itu.

Katanya, tidak dinafikan bahawa mereka tidak mendapat status halal kerana mereka ada menyediakan bir, bahkan ada sesetengah masakan mengunkan mirin untuk tujuan rasa, tetapi mirin itu akan disejat ketika masak.

Bagaimanapun, semua sumber bahan masakan mereka datang daripada pengedar yang mempunyai sijil halal. Malah kakitangan tersebut menjelaskan bahawa restoran itu sama sekali tidak mempunyai hidangan daging babi.

164032377 3952833618111030 4100944988992445653 O

 

 

Baca : Penjual Lumur Daging Babi Dengan Sebuk Borax Untuk Tipu Nampak Macam Daging Lembu

Daging

Sumber: Sushi Jiro
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.