Baru-baru ni seorang wanita tak dikenali berkongsi cerita rumah tangga dia dekat IIUM Confession. Pengalaman dia dan suami memang patut dijadikan contoh kepada pasangan lain.
Suami penyayang, berselisihan faham hanya tentang anak-anak
Katanya, suami dia yang bernama Am memang penyayang dan dia akui bahagia bersuamikan lelaki tu. Dan seperti pasangan yang lain, tipulah kalau hubungan tak ada pasang surut. Tapi, selalunya perselisihan antara mereka berdua biasanya hanyalah tentang anak-anak tersayang.
Paling tak suka bila anak tidak terurus…
Jika berlaku kecuaian melibatkan anak-anak, suami akan marah tetapi tidak di hadapan mereka. Dah menjadi pegangan suami isteri ni untuk tidak melibatkan anak-anak atau keluarga kalau ada perselisihan.
Jika kami bertengkar, kami akan keluar rumah berdua. Bila temui jalan penyelesaian baru kami akan pulang dan akan berlagak seperti tiada apa yang berlaku.”
Januari 2019: Mimpi Ngeri
Mereka keluar bawa anak-anak untuk beli kelengkapan asrama anak sulung yang berusia 15 tahun. Tiba di mall, Am hanya tunggu di dalam kereta untuk teman ibu mertuanya yang lumpuh separuh badan.
Aku memimpin si adik yang ku panggil baby berusia 2 tahun. Anak keduaku pula yang berusia 7 tahun dipimpin oleh along yang berusia 15 tahun.”
“Ummi, baby hilang….”
Terdiam kaku, kaki bagaikan tidak pijak ke bumi. Itulah yang dia rasai bila anak sulungnya beritahu bahawa si kecil itu hilang.
“Walid…Tadi baby hilang…”
Suami jadi marah, tak sangka pengumuman budak hilang rupanya anak sendiri
Seperti diberitahu wanita ini, suaminya memang pantang jika ada kes kecuaian sebegitu. Jadi, bila terdengar pengumuman kanak-kanak hilang dia mula marah, tanpa menyangka rupanya anak bongsunya yang dimaksudkan.
“Abang terlafaz talaq!”
Abang kata… ‘kalau lah bini aku tu, talak tiga aku bagi… Sibuk nak shopping sampai anak pun tak terjaga’…”
Sembunyikan daripada anak-anak dan keluarga
“Kenapa bukan ajal yang memisahkan kami…”
Admin taktau nak cakap apa, sebab admin sendiri pun tergamam…. Moga ada kekuatan dalam diri kedua-duanya.