Soal kahwin dan cerai ini ialah perkara yang serius dan para suami isteri tak boleh ambil ringan atau buat main mengenai hal ini. Sebab tulah juga, Tuhan minta suami jangan suka-suka melafazkan kata cerai kerana kita tak tahu akibatnya di kemudian hari.
Menerusi satu perkongsian di Facebook, seorang wanita bernama Ayin berkongsi kisah sedihnya yang telah bercerai tak lama dulu. Ini perkongsiannya, suami isteri wajib baca!
“Mahkamah putuskan yang kami bukan lagi suami isteri sejak hari pertama Ian dilahirkan dan edah aku habis sejak…”
Menurut Ayin, oleh kerana kejahilannya dalam ilmu agama, dia tak tahu yang dia sudah pun bercerai dengan suami sejak anaknya Ian dilahirkan. Hal ini kerana, suaminya telah melafazkan talak semasa dia sedang hamil anak pertama tetapi dia telah rujuk dengan suaminya pada hari kedua dia anaknya lahir.
Maknanya, mereka sudah pun bercerai dan kalau nak rujuk kenalah akad nikah kali kedua!
“Banyak dah Allah tu bagi petunjuk… aku jadi benci dia. Tak suka dia pegang aku, aku lawan cakap dia…”
“Tipulah tak nangis nangis, lagi-lagi bila tahu duduk serumah tapi dah takde ikatan”
“Lelaki janganlah mudah lafazkan talak. Dan kalau suami dah lafazkan talak, cepat-cepatlah pergi rujuk mahkamah”
Bagi suami isteri kat luar sana, admin rasa eloklah kalau korang dengar nasihat Ayin ni. Kalau sudah lafazkan talak, jangan simpan sorang-sorang. Cepat rujuk kepada pejabat agama untuk sahkan.
Semoga wanita ini terus diberikan ketabahan dalam membesarkan anak. Para suami isteri kat luar sana dengarlah nasihat yang diberikannya ini.