in

“Sekuntum panggilan keluarga dari kecil” -Sharifah Rose ‘Buka Mulut’, Lepas Dituduh Tiru Jenama Lain

Collage 30 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jumaat lalu, agak kecoh di media sosial apabila seorang pemilik jenama Sekuntom mendakwa pelakon baru Sharifah Rose telah meniru nama dan konsepnya ketika mengumumkan tentang perniagaan baru yang bakal dilancarkannya.


Menurut wanita tersebut, Sharifah Rose telah menggunakan nama yang serupa dengannya serta logo yang seakan-akan sama. Tak cukup dengan itu, Instagram perniagaan Instafamous itu @atsekuntum turut mengambil gambar susu Australia dan menukar nama menjadi jenamanya. Ah pulak dahhh

Fl4Wtdpauaqvyrl

“Panggilan keluarga sejak dari kecil”

Ekoran pelbagai tomahan dan kritikan yang diterimanya ini, Sharifah Rose telah pun membuka mulutnya mengenai perkara ini di Twitter peribadinya.

Menurut pelakon ini, dia telah pun membuat kajian sebelum membuat pemilihan nama dan hanya mengetahui mengenai kewujudan jenama yang sedia ada itu selepas dia mengeluarkan teaser di Instagram.

Juga perkataan ‘sekuntum’ ini sangat dekat di hati Rose kerana ia adalah panggilan keluarga untuk Rose sejak kecil lagi.

Kami memutuskan untuk mendaftar nama Sekuntum kerana ia tidak terhad kepada bunga ros saja.”

Sharifah Rose turut memohon maaf kerana mencetuskan kekeliruan dan menjelaskan bahawa dia telah pun mendaftar syarikatnya ini sejak bulan September yang lalu.

Mana mungkin kami akan teruskan proses ini jikalau benar tuduhan yang ditujukan kepada kami. Saya tidak berniat langsung untuk melukakan hati mana-mana pihak.

Akhir sekali, Rose berharap agar kedua-dua pihak dapat berkembang mekar bersama.”

Selain itu, Sharifah Rose turut memberitahu yang dia telah pun menghubungi pihak Macamilk dan akan menyelesaikan masalahnya secara peribadi.

Manakala di Instagram Macamilk, pemiliknya telah pun mengeluarkan kenyataan mengatakan yang mereka menerima permohonan maaf Sharifah Rose dan memuji tindakan pelakon itu yang berani mengaku salah.

Kami @macamilk terima permohonan maaf anda dan kami doakan yang terbaik untuk anda. Siapa tahu satu hari nanti kita akan kerjasama bersama.

Kami juga minta anda semua untuk tidak mengecam Sharifah dan kumpulannya. Mereka buat kesalahan dan mengaku salah. Kita semua perlu menyokong satu sama lain.”

 

Baca: “Tukar ejaan je” – ‘Bisnes’ Baru Sharifah Rose Dituduh Ciplak Jenama Tempatan?
Collage 28 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.