in

“Kalau tak tahu jgn buat andaian suka hati” – Jangan Kecam Bapa Tertinggal Anak Dalam Kereta, Ini Kisah Sebenar…

Cats 5

Keluarga meminta agar masyarakat tidak mengecam bapa kanak-kanak berusia 4 tahun yang maut selepas ditinggalkan secara tidak sengaja di dalam kereta selama 10 jam.

Menurut Harian Metro, seorang ahli keluarga yang enggan namanya didedahkan berkata bapa Allahyarham Aina Batrisha Aisyah dilihat begitu sedih dengan kejadian yang menimpa anak keempat daripada 5 beradik itu.

“Arwah adalah anak yang paling rapat dan manja dengan bapanya, dalam kejadian itu, bapanya betul-betul terlupa yang arwah sedang tidur di tempat duduk belakang.”

 

Terlupa arwah tidur di tempat duduk belakang…

Katanya, bapanya sepatutnya menghantar awah ke rumah nenek di Kampung Bukit Sungai Pasir, selepas menghantar adik bongsu arwah ke rumah sepupu di kawasan berdekatan.

“Pada pagi kejadian bapa arwah terlebih dulu menghantar isteri ke tempat kerja sebelum menghantar anak-anak lain ke sekolah.”

“Kemudiannya, bapa arwah menghantar anak bongsu ke rumah sepupu dan sepatutnya selepas itu mangsa dihantar ke rumah nenek, namun bapanya terlupa mangsa tidur di tempat duduk belakang.”

Anak2 1

 

Ibu tidak tahu, nenek sangka bapa cuti…

Menurutnya lagi, ibu arwah pulang dari tempat kerja pada jam 3 petang dan tidak mengetahui anaknya tiada di rumah neneknya. Begitu juga neneknya yang menyangka bapa arwah tidak bekerja pada pagi hari kejadian membuatkannya tidak bertanya tentang arwah Aina Batrisha yang tidak datang ke rumah.

“Semua tidak menyangka perkara ini berlaku, mungkin ini dugaan buat bagi kami sekeluarga, jadi tolong hentikan segala kecaman terhadap keluarga kami terutama kepada bapa mangsa.”

“Kalau tidak tahu cerita sebenar, janganlah membuat andaian sesuka hati ia akan menambah kesedihan hati kami sekeluarga.”

Anak3

Anak4

Jenazah arwah adik Aina Batrisha dijangka akan disolatkan di Masjid Bukit Kecil Simpor Tikam Batu sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Kecil selepas solat Asar sebentar tadi.

Baca: “Mangsa patutnya dihantar ke rumah nenek” – Anak 4 Tahun Meninggal Lepas Tertinggal Dalam Kereta Selama 10 Jam Ayah Kerja

Feat 1

Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro