“Banyak je orang baik sebenarnya” – Pemandu Grab Cina Ni Baik Hati Layan Gadis Pergi Bazar Beli Makanan Berbuka

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



“Banyak je orang baik sebenarnya” – Pemandu Grab Cina Ni Baik Hati Layan Gadis Pergi Bazar Beli Makanan Berbuka

 
 
00:00 /
 
1X

Kita selalu kena suap dengan propaganda perkauman yang berlaku dekat negara ni kan? Tapi hakikatnya, kita semua hidup saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Macam cerita yang dikongsikan oleh gadis ini di Twitter. Dia kongsikan kisah ini sebagai tanda perhargaan kepada seorang pemandu Grab bernama Wong Zhen Wei.

Ahad lepas sekitar pukul 6 petang, gadis yang menggunakan nama Nas di Twitternya ini, telah mengambil Grab dari stesen bas Batu Pahat untuk pulang ke rumah.

Dalam perjalanan, dorang berbual-bual dalam kereta dan bila gadis ni nampak bazar, dia mula tanya soalan pada pemandu Grab ni.

Wahhh seronoknya! Baru tanya je dah terus ajak pergi bazar. Bukan tu je tau, Wei siap insist lagi nak bayar semua makanan gadis ni.

Tak cukup dengan tu, Wei siap bagi semua makanan yang dia beli tadi dekat bazar pada gadis tu. Uish meriah buka puasa.

The fact that a chinese guy was willing to park the car and walk quite a distance with me just to get some food for berbuka touched me. Heck, he even belanja me all the food some more.”

Netizen pun kagum dengan kebaikan Wei ni tau. Mana taknya, Grab dekat Batu Pahat bukan banyak sangat job macam dekat KL tapi dia tetap murah hati nak belanja penumpang dia berbuka.

Tapi biasalah, ada juga orang yang skeptikal dan merasakan Wei ni ada niat lain. Korang ni tak boleh ke terima je bila orang buat baik? Ada je nak cakap buruk-buruk.

Patutnya kita appreciate lah bila orang buat baik, sebab ada je orang yang baik tanpa ada apa-apa niat lain. 

 

Baca: “Tak perlu jadi kaya untuk buat baik…” – Geng Rider GrabFood Sedekah Makanan Dekat Homeless Guna Duit Sendiri

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson