“Kalau saya tau nak jadi macam ni…” – Aliff Syukri Salahkan NGO Dan ‘Artis Baru Nak Up’ Punca Isterinya Alami Pendarahan?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Belum pun reda isu kononnya mendera anak, semalam dugaan datang bertimpa-timpa kepada Datuk Aliff Syukri apabila isterinya, Datin Nur Shahida katanya telah dimasukkan ke wad akibat mengalami pendarahan teruk.

Menurut laporan mStar, Datin Shahida juga katanya sedang hamil bayi kembar sekaligus membuatkan Aliff Syukri agak terkilan dengan apa yang berlaku.

Sumber: Instagram

Pun begitu, pagi ini Aliff kembali memuat naik posting di Instagram ‘menyalahkan’ beberapa pihak yang jadi punca kepada pendarahan yang dialami isterinya pada Selasa lepas.

 

“Gara-gara NGO yang terlajak prihatin. Korang tau siapa mereka tu… dengar cerita artis”

Menurut Aliff Syukri, pendarahan yang berlaku kepada isterinya itu akibat daripada naik tangga yang tinggi di rumah dan laporan yang dibuat oleh NGO baru-baru yang rupanya didalangi oleh seorang artis. Siapa artis tu?

Kata Aliff, artis tersebut nak tumpang namanya kot sebab dah makin kurang job. Laa biar betul ni?

Sumber: Instagram

 

“Hurm dah agak da Mimi One Nation MC. Patutlah muka macam kenal”

Meskipun ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan artis yang dimaksudkan Aliff tersebut, ada di kalangan netizen yang sudah dapat mengagak. Ramai mendakwa artis tersebut ialah Mimi Fly (One Nation MC) berikut posting Instagram yang dibuatnya baru-baru ini.

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

 

“Dato datin kuatkan semangat. Kami sentiasa doakan datin dengan baby baik-baik saja”

Akibat daripada dugaan yang menimpa Aliff dan isteri, ramai di kalangan netizen meninggalkan komen prihatin dan berharap datin segera sembuh.

Sumber: Instagram

Apa-apapun min doakan semoga Datin Shahida sembuh dan bayinya baik-baik aje ye. Sayang pulak baby kembar tu.

Baca: “Nanti abah tumbuk, nanti abah sepak guna kasut kalau pecahkan lampu” – Netizen Dedah Lagi Video Aliff Syukri ‘Ugut’ Anak Pulak?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!