in

“Kalau nak buang air macam mana?” – [VIDEO] Hattan ‘Stress’ Jalan KL Tutup Untuk ‘Le Tour De Langkawi’

Dato Hattan Lumba Basikal Jalan Tutup

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Le Tour De Langkawi edisi ke-26 telah pun bermula beberapa hari yang lalu. Oleh itu, ada beberapa lokasi di tengah ibu kota yang melibatkan jalan utama telah dimaklumkan akan ditutup kepada pengguna jalan raya dan dinasihatkan agar mereka merancang perjalanan sebaiknya.

Namun, melalui laman sosial Instagram penyanyi ‘otai’ Malaysia, Dato Hattan, dia telah meluahkan rasa kesalnya apabila dia terperangkap di dalam kereta hampir dua jam kerana jalan KL telah ditutup untuk memberi laluan kepada Le Tour De Langkawi.


https://www.instagram.com/p/CjkZNp_rmLo/

“Saya dari bulatan Kampung Pandan nak ke bangunan Tabung Haji tapi dah nak dekat 2 jam. Pasal apa? Sebab jalan tutup, lumba basikal. Siapa punya idealah berlumba dekat tengah bandar Kuala Lumpur ni,” katanya.

Penutupan jalan tersebut membuatkan dirinya tidak selesa dan terfikir bagaimana jika dia ingin membuang air pada waktu itu, tambah Dato Hattan.

Screenshot 2022 10 13 132631

Tinjauan ke ruang komen, rata-rata warganet dan kenalan artis meminta agar Dato’ Hattan kekal sabar. Ramai juga yang menyuarakan hal yang sama apabila mereka terpaksa memberhentikan kenderaan untuk memberi laluan kepada acara lumba basikal tersebut.

Screenshot 2022 10 13 133037

Walaubagaimanapun, ramai warganet yang mengambil maklum tentang penutupan jalan yang berlaku di Kuala Lumpur agar mereka dapat elak dari menggunakan jalan tersebut.

Screenshot 2022 10 13 133435

Anda boleh tengok posting asal di sini.

Kepada pengguna jalan raya di KL tu, harap ambil maklum dan peka la dengan jalan mana yang akan ditutup buat sementara waktu.

Baca : [VIDEO] “Weh Ukraine, mak kau hijau!” – Dato Hattan ‘Monyirap’ Ukraine Rampas Emas Ziyad

Collage 1 728X383 1

 

 

Sumber: Facebook
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.