in

[VIDEO] “Weh Ukraine, mak kau hijau!” – Dato Hattan ‘Monyirap’ Ukraine Rampas Emas Ziyad

Collage 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Keputusan Ukraine untuk protes sekaligus merampas pingat emas serta rekod dunia atlet paralimpik Ziyad Zolkefli ternyata telah membuatkan ramai rakyat Malaysia yang marah dan tak berpuas hati.


Perasaan tak puas hati ini turut diluahkan oleh penyanyi Dato’ Hattan melalui video yang dimuat naiknya di Instagram.

“Ukraine tak gentle … MAK KAU HIJAU!!”

Menerusi video tersebut, Dato’ Hattan yang sering bercakap dalam dialek Negeri Sembilan itu meluahkan yang tindakan Ukraine untuk protes kemenangan Ziyad sebagai tindakan yang “tak gentle”.

Weh malu weh, Ziyad totap champion, weh Ukraine, mak kau hijau!”

Menurut Dato Hattan, kalau benar sekalipun Ziyad lambat masuk call room sepatutnya dia dah tak dibenarkan bertanding dari awal lagi, tapi bila dia dibenarkan bertanding, tindakan ini seperti tak adil.

Pendapat yang sama turut dikongsikan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang dahulunya pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan.

Menurut Khairy, ini merupakan keputusan yang memalukan dan tak patut dibesarkan sehingga mencuri pingat emas yang sepatutnya menjadi milik Ziyad.

Ini merupakan keputusan yang memalukan. Keputusan yang mengaibkan dan bertentangan dengan semangat Paralimpik. Jika ia merupakan kesalahan ketika di bilik menunggu, sepatutnya mereka tak perlu dibenarkan bertanding. Kejam dan menyedihkan. Pingat emas dan rekod dunia telah dicuri.”

Betul cakap Dato Hattan, monyirap dengan keputusan macam ni. Memang tak gentle langsung!

 

Baca: “Mano kau nak mentubong kau punya pasa” – Viral Isu Selebriti & Instafamous Rentas Negeri, ‘Setepek’ Dato Hattan Tegur!

Screenshot 2021 09 01 At 12.32.33 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.