in

“Kalau mak aku baca, dua belah pipi kena tampar” – Adik Benjy Terima DM Dari ‘Norish Karman’ Tuduh Keluarga Tak Tolong Arwah?

Collage 34

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang ramai maklum, hari Ahad lepas pelakon Allahyarham Benjy telah pun menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Royal Prima di Medan, Indonesia akibat serangan asma.


Jelasnya, keluarga arwah Benjy masih lagi berduka dengan pemergian anak seniwati tersohor Azean Irdawaty ini.

8Ba23Dc2B1D2F4A394Dcc5258B6Fbbee

Namun kekecewaan ditambah bila semalam adik bongsu kepada Allahyarham Benjy, Inessa Irdayanty nekad mendedahkan mesej peribadi yang dia terima di Instagramnya dari individu dipercayai pelakon Norish Karman.

Norish tuduh keluarga arwah Benjy ‘Selfish’ dan ‘Evil’

Dalam hantaran yang dikongsikan itu, Norish dilihat telah menyerang Inessa dengan mengatakan Inessa dan keluarganya telah mengabaikan kebajikan arwah sepanjang dia berada dalam penjara.

Hati jenis apa yang u orang miliki dengan membiarkan seorang abang sakit dalam penjara. Now u both (Inessa dan kakaknya) sitting on so called short fame due to his death?

You said YOU TRIED YOUR BEST TO HELP ARWAH Hahaha sampai baju tak boleh tukar 2 tahun best kepala hotak kau.”

Selain itu, Norish turut luahkan rasa terkilannya kerana tak dapat nak membantu arwah dan mengatakan yang dia tak akan mengadili arwah Benjy.

Tak cukup dengan itu, Norish juga turut membuat tuduhan yang keluarga arwah enggan menyelesaikan bil perubatan yang berjumlah RM500.

Will remember him as fabulous actor and person as how your mother was. If your mother knew this, she would feel so damn sad.

“Tak malu ke tak ada hati perit ke no humanity ke sampai abang nak bayar medical bills RM500 saja tak mahu tolong?? SELFISH… EVIL”

Screenshot 2021 07 14 At 11.29.40 Am Side

If my mother saw your messages, dua-dua belah muka kau dah kena tampar dah, Norish

Ekoran ini, Inessa telah meluahkan rasa kecewanya dengan tuduhan yang dilemparkan oleh Norish serta turut menerangkan apa sebenarnya yang berlaku.

“Memang ni akan kena penampar lejen mama”

Di ruangan komen, rata-rata telah memberikan kata-kata semangat buat Inessa dan keluarga dan ada juga yang meminta agar Inessa ambil tindakan undang-undang.

Screenshot 2021 07 14 At 11.50.55 Am Down Down

Pun begitu, tak dapat dipastikan sama ada akaun tersebut adalah akaun sebenar Norish Karman atau pun tidak kerana akaun tersebut kini telah dikunci.

Fake atau pun tak akaunnya, kalau boleh kita janganlah masuk campur hal orang lain. Orang yang terdekat mesti lagi mengetahui. Moga arwah Benjy tenang di sana…

 

Baca: “Hang in there” – Adik Kongsi Mesej Terakhir Bersama Benjy, Minta Untuk ‘Bertahan’ Dengan Covid-19 Walau Dalam Penjara

Screenshot 2021 07 14 At 12.02.21 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.