in

“Hang in there…” – Adik Kongsi Mesej Terakhir Bersama Benjy, Minta Untuk ‘Bertahan’ Dengan Covid-19 Walau Dalam Penjara

Ft Benjymesej

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Industri seni tanah air dikejutkan dengan pemergian pelakon Benjy Ibrahim, 43, semalam di Medan, Indonesia akibat asma. Benhy atau nama sebenarnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Royal Prima jam 11 pagi dan dipercayai sudah lama menghidap penyakit asma yang kronik, lapor Berita Harian.


Anak sulung primadona filem, Allahyarham Azean Irdawaty itu dilaporkan akan dikebumikan di Medan sebagai memenuhi permintaan arwah yang pernah beberapa kali meminta agar jenazahnya tidak dibawa pulang, sekiranya dia ditakdirkan meninggal dunia di penjara.

Ramai rakan-rakan artis terutamanya yang pernah bekerjasama dan berlakon dengan arwah menzahirkan ucapan takziah serta rasa sedih mereka atas kehilangannya.

 

Adik kongsi mesej terakhir arwah

Tidak ketinggalan, adik kepada arwah Elza Irdalynna turut berkongsi perbualan terakhirnya bersama arwah menerusi Whatsapp. Berkongsi di Twitter, Elza menunjukkan bahawa abangnya itu sempat mengambil berat dengan memintanya bertahan memandangkan kes Covid-19 di Malaysia semakin meningkat dan membimbangkan.

Mesej terakhir Ben pada saya adalah ‘hang in there’. Dia masih memberi sokongan walaupun dirinya sendiri berada di dalam penjara. Dia tetap menjadi abang saya.”

Ingatlah untuk sentiasa berbuat baik dengan orang yang anda sayang. Anda tidak tahu bilakah waktu terakhir anda boleh bercakap dengan mereka.”

 

Netizen ucap takziah

Perkongsian Elza itu mengundang simpati dan beberapa netizen dilihat sempat mengucapkan takziah kepada keluarga arwah atas pemergiannya. Malah ada yang sempat mengimbau zaman ketika membesar dengan menonton drama lakonan kedua-dua arwah Azean Irdawaty dan Benjy.

Benjy2

Seorang netizen berkata,

Saya faham perasaan awak (Elza). Dia (arwah) merupakah salah seorang pelakon terbaik yang saya suka.”

Benjy telah dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun, tiga bulan di Penjara Tanjung Gusta, Medan selepas didapati bersalah memiliki dadah jenis methaphetamine seberat 4.5 gram yang disembunyikan pada bahagian dubur pada tahun 2017 ketika ditahan di  Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Deli Serdang Sumatera Utara.

Al Fatihah, arwah really was one of the best actors. Paling tak boleh lupa lakonan arwah dalam Kerana Cinta Saerah…

Baca: Anak Allahyarham Azean Irdawaty, Benjy Ibrahim Meninggal Dunia Akibat Asma Di Medan, Indonesia

Benjy 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.