in

“Kalau macam ni masih ada istilah ‘customer always right’ memang patut disepak” – Pelanggan Sengaja Batuk Atas Stok Makanan Di Pasaraya

Combine Buah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai pengguna yang bertanggungjawab lagi-lagi dalam waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, semua orang perlu lah berjimat dalam membeli barang keperluan. Sudah pasti tempoh PKP ini berkemungkinan akan berlanjutan sekiranya orang ramai tidak memberi kerjasama untuk tetap berada di rumah dan tak perlu keluar kalau tiada urusan yang penting.


Waktu membeli barang keperluan, orang ramai harus mengamalkan kebersihan lagi-lagi jika perlu berada di tempat orang ramai. Janganlah sampai memudaratkan orang lain dengan tindakan diri sendiri.

Memetik daripada perkongsian di Facebook, berlaku satu kejadian di Pennsylvania dimana sebuah pasaraya perlu membuang stok makanan selepas seorang daripada pelanggan mereka batuk dengan sengaja di atas permukaan bahagian makanan, tempat daging mentah dan bahagian bakeri.

Hal ini menyebabkan pasaraya tersebut mengalami kerugian lebih 35,000 dolar (RM 149,208).

Pihak pasaraya terpaksa mengambil langkah keselamatan dengan membuang kesemua stok makanan tersebut dan melakukan kerja-kerja pembasmian kuman. Walaupun mereka tak tahu sama ada pelanggan tersebut merupakan pesakit Covid-19 atau tak, sebagai langkah berjaga-jaga mereka terpaksa juga membuang stok makanan tersebut.

B2

B3

B4

Hal ini mencetuskan panik dalam kalangan penduduk setempat. Mereka menyangka stok makanan di pasaraya tersebut dah habis.

Selepas kerja-kerja pembasmian kuman dilakukan, staf pasaraya tersebut meletakkan semula stok makanan yang baharu ke tempat rak-rak yang telah dikosongkan itu.

B 2

B5

Kejadian seperti bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan bahan lawak dalam keadaan yang kritikal ni. Orang ramai dinasihatkan untuk memberi kerjasama untuk mengehentikan rantaian wabak Covid-19 yang semakin meningkat di seluruh dunia.

Baca : “Sendiri cari padah kan” – [VIDEO] ‘Influencer’ Buat Tiktok Jilat Jamban, Lepas 2 Hari Disahkan Positif Coronavirus

P 1

 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.