in

“Kalau Lambat Beli Orang Lain Putih Dulu”, Produk Putihkan Kulit Guna Surat KKM Tipu Pelanggan

Putih

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang yang perempuan ni mesti banyak guna produk macam-macam untuk cantikkan kulit betul tak?



Nak guna produk apa pun tak salah, cuma korang terfikir tak effect bila korang consume produk atau supplement yang korang makan ni pada masa akan datang? Sesetengah produk memang ada yang selamat untuk dimakan, tapi bukan semua tau. Korang yang nak makan tu cuba check betul-betul sejauh mana kesahihan ‘Lulusan KKM’ produk tu.

Di Twitter baru-baru ni, viral satu isu tentang produk putihkan kulit yang gunakan surat ‘Lulusan KKM’ kepada pelanggan. Tapi betul ke tu surat lulusan KKM?

Bagi free gift Maggie

Nak dijadikan cerita, isu ni bermula dari tweet seorang pelanggan terkejut bila produk yang dia beli tu bagi free gift Maggie. Maggie? Peliknya… Dan dari situ mulalah netizen bercakap tentang produk pemutih ni.

47505976 729984870703762 4097763086625144832 N 2
Sumber: Facebook

Canang surat ‘Lulus KKM’ kepada pelanggan

Rupanya-rupanya, admin Twitter produk pemutih tu dah terkantoikan diri dia sendiri. Ternyata surat KKM yang dia duk canang dekat pelanggan tu rupanya tak boleh digunakan untuk tunjuan pengiklanan. Tajam betul mata-mata netizen kita ni!

47578563 729984907370425 4876032029906436096 N
Sumber: Facebook

47579681 729984987370417 3551817969585618944 N
Sumber: Twitter

Dah terang-terang point yang nombor 5 tu tulis, “Adalah ditegaskan bahawa surat ini tidak boleh digunakan sebagai kelulusan atau untuk tujuan pengiklanan produk puan.” So surat yang admin pemutih kulit ni bagi tunjuk dekat pelanggan dah menjadi satu kesalahan sebab dah terang-terang kat situ tulis tak boleh guna untuk iklan. Patut la ramai netizen yang marah dan menentang produk pemutih kulit ni.

Capture 20181208 111244
Sumber: Twitter

Capture 20181208 111335
Sumber: Twitter

Hmm, tak sangka macam-macam juga cara orang kita ni nak berniaga sampai sanggup tipu costumer. Korang yang nak beli segala produk tu, pastikan check dulu ye!

Baca: “Tolonglah ada kesedaran, orang Malaysia obses sangat nak putih dah kenapa?”

Page 4 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.