in

“Tolonglah ada kesedaran, orang Malaysia obses sangat nak putih dah kenapa?”

Page 4 6

Dari hari ke hari semakin ramai orang Malaysia yang obses untuk dapat kulit yang putih. Sosebab terlalu taksub nak kulit putih ni, sesetengah netizen sanggup lakukan apa je untuk merealisasikan impian dorang tu.

Baru-baru ni seorang pengguna Facebook selar orang ramai yang sanggup ambil suntikan Vitamin C untuk dapat kulit putih dalam masa yang singkat.

Katanya,

“Tolonglah sedar wahai semua bahawasanya Vit C drip ni illegal ye. Our body tak perlukan that much amount of Vit C, cukup sekadar dari pemakanan doktor kata.”

Vitamin C drip bukanlah sesuatu yang asing dekat negara kita ni dan para doktor pun dah berkali-kali nasihat rakyat Malaysia supaya elakkan daripada mendapatkan ‘rawatan’ tersebut.

F5 1
sumber: facebook

Sebenarnya, badan kita hanya memerlukan sedikit je kandungan vitamin C dan pengambilan secara berlebihan boleh memudaratkan kesihatan. Antara kesan mudarat suntikan Vitamin C dengan dos yang tinggi adalah:

  • Meningkatkan kebarangkalian untuk mendapat katarak
  • Sangat bahaya kepada pesakit ginjal dan boleh menyebabkan kematian
  • Boleh menyebabkan kematian terutama apabila diambil melebihi 833 gram bagi dewasa yang mempunyai berat 70 kilogram
  • Individu yang mempunyai masalah kekurangan enzyme Glucose-6-phosphate dehydrogenase (G6PD) boleh mengalami kekurangan darah

Mengejutkan, walaupun dah banyak kali diuar-uarkan mengenai bahaya Vitamin C drip ni, namun, masih ada klinik kecantikan yang menawarkan ‘rawatan’ ini tanpa segan silu.

H 3
sumber: facebook

Lebih teruk, menurut klinik pulak, antara ‘kebaikan’ Vitamin C drip ni ialah boleh putih seluruh badan dengan kesan dapat dilihat seawal tiga hingga lima hari! Kemain!

“Dan kepada all the clinics yang tak malu offer this Vit C drip, shame on you lah.

Tolonglah ada kesedaran, orang Malaysia obses sangat nak putih dah kenapa?”

Rakan-rakan yang baca status tersebut turut bersetuju dengan pengguna Facebook tu dan ada juga yang beri komen kemungkinan mereka obses untuk putih disebabkan nak ikut ‘instafemes’ kerana most of them mempunyai kulit putih.

Face
sumber: facebook

Kalau tak putih pun cantik apa! Lagipun tak berbaloi dapatkan kulit putih dengan cara ni, lepas tu nanti merana di kemudian hari….

Baca: “Nak putih macam mana lagi setan?” – Instafemes Kena Kecam Sebab Sibuk Nak Putihkan Muka

Page Instafemes