in

“Kalau kena tinggal gak tak tahulah” – Netizen Jeles Gadis Dapat iPhone Xs Lepas Mengadu Telefon Rosak

Cari Gali Emas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Betul lah orang kata, tuah ayam nampak di kaki… tuah manusia siapa yang tahu kan? Hari ni mungkin mengadu handphone rosak, tup-tup esok dah dapat handphone baru. Yeay!


Inilah yang berlaku kepada seorang gadis dengan nama samaran Z di Twitter baru-baru ni, lepas tweetnya tentang tindakan sweet si boyfriend beri hadiah iPhone Xs dapat perhatian ramai. Uish jeles admin!

 

Complain handphone rosak, terus boyfriend hadiahkan handphone baru 

Z ni boleh dikatakan sangat bertuah bila dia asyik mengadu phone lamanya tu rosak, terus si boyfriend penyayang ni hadiahkan phone baru. Phone pulak bukan calang-calang punya tu. iPhone Xs bernilai RM5,000 wehh!

Bf 1

Ds3Vqzjvyaahiy7

Ds3Vqzfu4Aihprk

sumber: twitter

 

Dulu pernah dimainkan dan ditipu, sekarang baru dapat ‘BF yang betul appreciate’ 

Disebabkan tweet Z mendapat perhatian ramai, dia menegaskan bahawa tujuan dia berkongsi apa yang dimiliki ni di media sosial bukan sebab dia nak menunjuk. Hanya untuk luahkan rasa gembira bila rasa dirinya dihargai oleh seorang lelaki yang betul-betul menyayangi.

Katanya lagi, semua ni rezeki Allah nak bagi. Dah rezeki dia murah dapat BF orang berada nak buat cemana kan?

Bf 2
sumber: twitter

 

“Kesian BF kena buat instalment plan semata-mata untuk you” 

Macam manapun tak semua netizen boleh husnuzon dengan hadiah mahal yang dimiliki Z. Biasalah makcik pakcik bawang ada saja benda yang nak mengecam. Netizen antaranya rasa kesian dengan nasib si BF terpaksa keluar banyak duit demi nak puas hati si GF.

Mata Duitan
sumber: twitter

 

“BF kau ada bisnes cari gali emas ke?”

Malah tak cukup dengan tu, ada jugak yang musykil BF si Z ni kerja apa sampai ada banyak duit boleh belanja GF beli phone harga RM5000. Katanya BF buat bisnes, mesti masyuk kan?  

Anak
sumber: twitter

Apa-apapun marilah kita berhusnuzon dan jangan cepat menuduh macam-macam. Tak baik tau jeles dengan kebahagiaan orang lain. Moga-moga kita juga bertemu dengan calon jodoh yang pemurah dan penyayang macam tu. Amin! 

Baca: “Normal tak kalau obses dengan pakwe sendiri” – Remaja Teruk Dihentam Sebab Obses Boyfriend Sendiri

Boy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.