“Kalau kena kepala ni bocor” – Penduduk Kondo Melampau, Baling Seterika Dari Tingkat Atas Sampai Pecah Cermin Kereta

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Ingat sikap baling-baling barang dari tingkat atas ni penduduk flat saja yang buat. Rupanya mereka yang duduk di kondo pun mempunyai perangai yang serupa!

Baru-baru ni, seorang netizen berkongsi masalah yang dialaminya di Facebook apabila cermin hadapan pecah lepas sebuah seterika melayang jatuh ke atas keretanya.

 

“Saya dengar bunyi dentuman yang kuat dan terkejut bila tengok…” 

Menurut mangsa, pada Sabtu lepas dia telah memarkir kereta di tempat letak kereta dekat surau yang mana ia membelakangi salah satu bangunan Alpha Condo yang terletak di Wangsa Maju.

Tak sampai beberapa minit, dia kemudian terdengar dentuman yang kuat dan terkejut melihat kesan remuk yang besar pada cermin hadapan keretanya. Lagi mengejutkan, kesan remuk tu disebabkan sebuah seterika yang kemungkinan besar telah melayang jatuh atas keretanya. Adoi! 

Sumber: Facebook

 

“Kalau kena kepala orang boleh arwah, sape la punya punya kerja”

Rata-rata netizen yang membaca posting tersebut terkejut dengan apa yang menimpa mangsa. Nasib baiklah jatuh atas kereta. Kalau terhempap atas kepala orang, arwah dah orangnya tu. Bahaya betul!

Sumber: Facebook

Haih geleng kepala admin tengok perangai orang sekarang. Tahu tak perkara macam ni boleh bawa maut?? 

Baca: “Otak letak kat pungkok” – Penduduk Flat Taman Medan Terkejut Ada Orang Calit Taik Dekat Butang Lif

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!