in

“Otak letak kat pungkok” – Penduduk Flat Taman Medan Terkejut Ada Orang Calit Taik Dekat Butang Lif

Calit Taik

Seorang penduduk yang mahu turun ke tingkat bawah apartmen didiaminya tak sangka bau busuk yang dihidu rupanya disebabkan oleh perbuatan orang yang tak bermoral.

Menurut Harian Metro, penduduk itu pada mulanya sangka bau busuk di dalam lif itu adalah dari air yang keluar dari bungkusan sampah dibawanya.

Tapi rupa-rupanya, ada individu yang lumur najis manusia di seluruh bahagian butang salah satu lif di Blok D Apartmen Taman Medan Jaya, Petaling Jaya itu.

Flat
gambar hiasan

“Saya menjerit geram dan tidak menyangka ada pihak tidak bertanggungjawab melumurkan najis manusia di semua butang lif berkenaan.”

“Tidak pernah berlaku vandalisme lif dilumur dengan najis sebelum ini. Kebiasaannya sebelum ini dirosakkan seperti dicucuh api dan curi peralatan pendawaian dalam lif itu.”

Menurut ketua blok apartment terbabit, Mohd Zuhdi Mat Saris, 44, berkata, pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) mengambil masa kira-kira satu jam untuk bersihkan najis itu.

“Laporan polis juga sudah dibuat untuk tindakan selanjutnya berhubung kejadian ini. Saya amat berharap semua penduduk bekerjasama menjaga kemudahan yang kita sendiri perlu menggunakannya.”

“Jika terdapat sebarang tindak-tanduk mencurigakan segera laporkan kepada pihak berkuasa atau menasihati secara baik kepada pihak berkenaan.”

Taik
sumber: facebook

Rupanya sebelum ini ada juga kes vandalisme namun apabila ada penduduk yang buat aduan kepada pihak berkuasa, kereta mereka menjadi sasaran dibakar.

Disebabkan itu, insiden ini juga membuat mereka teragak-agak untuk mengadu kepada pihak berwajib. Meskipun sudah dibersihkan, masih terdapat sedikit sisa bau busuk yang tertinggal.

Jijik gila perangai!

Baca: “Kami dah lali bau taik” – Wanita Stress Dapat Jiran Pengotor, Sesuka Hati ‘Membuang’ Depan Rumah

Rumah Kotoq Sangat Aih